Sunday 21 May 2023

Sambutan Hari Guru SRAI



Sambutan Hari Guru SRAI disambut semalam, 19/5. Apa² event pun selalunya disambut pada hari Jumaat, sekolah half day je...

Tema Hawaii...seronok tengok gambar/video yang cikgu² kongsi di status WA masing-masing. Ala² nak pergi Hawaii semuanya; kemeja bunga², bertopi, berspek hitam... Kreatif orang sekarang 👍

Deko pun ikut tema 💛

Kakak terlibat dengan persembahan...in fact cikgu ajak geng yang sama masa buat persembahan untuk Farewell Cg Suzana. Oklah pakaian semua dah ada, cuma nak praktis lagu dan tarian. 

Selain tu adalah undi untuk cikgu favorite, cikgu paling bergaya, paling sporting, paling comel, paling penyayang, paling berbakat, paling tegas dsbnya. Seronok anak³ Ummi bila cikgu² yang depa vote menang :D

Untuk hadiah kepada cikgu² pula, Ummi belikan stationary...


Ummi masukkan pen, paper clips, correction tape dll dalam balang tu. Ini untuk guru⁶ kelas.Untuk cikgu² lain yang depa nak bagi, Ummi sediakan coklat. Pastu depa tambah pen dsbnya...

Hadiah tak seberapa tapi harapnya cikgu² happy dengan pemberian kami. 

Dan Ummi sangat kagum bila ada ibu-ibu yang bagi hadiah rare tapi berguna...

Sebenarnya tak kisah apapun pemberian kita asalkan ikhlas kan? Ada kawan Ummi, dia cikgu. Rasa sangat seronok bila murid hadiahkan hand wash sebab ianya berguna dan keduanya, item yang dia tak pernah dapat. Mungkin tahun depan Ummi pun nak bagi hadiah macam ni juga. Lotion ke mesti cikgu pompuan suka kan 🤗

SELAMAT HARI GURU
~ Guru Insani, Pemangkin Generasi Madani ~


4 comments:

  1. Meriah sambutan Hari Guru sekolah anak sis siap ada tema lagi 😄

    ReplyDelete
  2. Suka hadiah yang praktikal, boleh terus guna.

    ReplyDelete
  3. Rajin PH sediakan hadiah hari guru.

    ReplyDelete
  4. Seronok jadi cikgu...tiap kali hari guru memacam hadiah dapat...tanda dihargai...

    ReplyDelete