Saturday 6 May 2023

Makan² di Rumah @ 13 Syawal

Cuti Hari Wesak, 4/5 lepas...


Rancangan asalnya nak buat makan² untuk Geng Main dan parents diorang yang juga merangkap jiran² rapat kami. 50-50 juga nak buat sebab Rabu tu Walid kurang sihat; pening & muntah². 

Tapi bila tengok keadaannya ok pagi Khamis, kami proceed. Ummi masak sendiri je; Sup Daging, Ayam Masak Kicap Pedas resepi resepi Mak Cella, sambal kuinin, ulam, air strawberry Cameron Highlandnasi putih, ikan masin dan koktail buah by Adik, as usual. Selebihnya Ummi order creampuffs Acik Solehah dan pulut kuning Mak Ain. 

Buah kuinin Cik Leha bagi, all the way from kampung kami, Berlin :p

Ummi rebus juga rebung Tapah tapi Cik Leha puasa la pulak bila ajak datang makan tengahari semalam tu... Sebelum Maghrib runner (baca: Angah) hantar ke rumah Cik Leha. Bolehlah buat berbuka.. 

Buah tangan dari Cik Ana, Cikja, Aunty Fiza & Cik Aida. Duit raya untuk anak⁴ tu pun dari para tetamu juga. 

Bila dihitung², hampir 50 orang juga tetamu dewasa + kanak² yang hadir. Dan kehadiran tetamu yang ramai tu sebenarnya sebab Ummi buat jemputan terbuka melalui status WA :D 

Makanya, ramai la yang serbu 😅 Geng Bas Sekolah diketuai Cik Ita, Aunty Farah & Fam, Aisyah H & Fam yang sebelum tu dah serbu rumah Cg Hazim serta IH Family dan Cg Asma sekeluargaApapun kami sangat² berbesar hati menerima kehadiran SEMUA 🤗 Rasa macam hari raya dulu², siapa nak datang, datang je....kita sambut semua dengan tangan terbuka. Dapat juga cipta kenangan untuk anak-anak generasi sekarang akan kemeriahan beramai², berbalas kunjungan serta beraya tanpa temujanji, asalkan dijemput tuan rumah. Paling menarik rasanya rombongan Cik Ita, siap naik van sekolah! Ikutkan hati, Ummi pun nak tumpang juga van sekolahnya tu. Bukan selalu kan? 

Alhamdulillah terima kasih semua yang hadir semalam. Kira² dekat 50 orang juga tetamu semalam, termasuk kanak-kanak. Insha Allah ada rezeki, peluang kita buat lagi :D 

Walaupun penat, tapi seronok! 

# Sekalung takziah buat keluarga Almarhum Ridzuan Hashim, aktor terkenal yang pernah menghiasi dunia seni tanah air yang mdijemput pulang ke negeri abadi tengahari tu.. Mudah-mudahan diampunkan segala salah silapnya dan ditempatkan rohnya di kalangan para solihin aamiin 🤲

9 comments:

  1. Alhamdulillah ramai datang. Kitorang tahun tidak buat rumah terbuka (macam ramai buat rumah terbuka tahun ini) tapi mengalu-alukan siapa hendak datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga, cuma hari tu buat khas utk jiran² terdekat. Saudara mara jauh pula di kampung, jiranlah keluarga terdekat :)

      Delete
  2. Sedapnya sambal kuinin. Terbau aromanya yang harum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja simpan utk hari tu Kak Amie, biar ramai dapat merasa, w/pun buahnya hanya sebiji :D

      Delete
  3. Betullah, PH.. zaman kita budak2 dulu sentiasa siap siaga bila raya. Dengar jer bunyik kereta, terus serbu depan pintu tengok siapa yang datang, hihi.

    Meriah jamuannya wpun 50-50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kebanyakannya nak dtg kena buat appointment kan SK? Tapi memudahkan tuan rumah juga sebenarnya... Boleh bersedia awal :)

      Delete
  4. Alhamdulillah..seronok terima tetamu.
    Cakap pasal buah kuini, semalam saya dapat sebiji kuini dari rumah adik ipar di PERTHlis (tak jauh dari Berlin kan 🤭). Harum semerbak baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, Perth-lis dgn Berlin tu x jauh sangat PU 😂
      Apalagi, buat sambal kuinin la puan... Sedap!

      Delete
  5. MA x buat pun open house sbb jarang ada di rumah. byk ke rumah ibu tlg masak2 sbb ramai tetamu dtg kat sana

    ReplyDelete