Monday 22 May 2023

Majlis Muafakat SRAI & Mesyuarat PIBG SMKA

Sebelum beraya di Senawang Sabtu lepas tu, kami suami-isteri sempat berbagi tugas sebab hari yang sama ada 2 program sekolah  melibatkan Abang dan Angah. 

Walid joined Mesyuarat PIBG sekejap, manakala Ummi pula attended program SRAI untuk parents T5&T6, berkaitan dengan UPKK dan PSRA. 

Majlis secara maya, senang untuk kami merancang perjalanan. Ummi Meet dalam kereta, Walid masuk dewan sekolah Abang, depa meeting  fizikal.


Bulan depan start tuition PSRA anjuran sekolah. Chaiyok Angah 💪

Auto panic Umminya bila Ustazah share tarikh² penting termasuk tarikh peperikaaan PSRA nanti. 

Penutup majlis, bacaan Akujanji oleh KM, Amjad.

Selalunya murid² yang dapat 8A dalam UPKK tahun sebelumnya akan diraikan dengan pemberian hadiah dalam majlis ni. Tapi, sebab dibuat secara online, mungkin ada sesi lain untuk mereka. Mungkin sekolah tunggu dulu keputusan semakan keputusan UPKK. Dan semalam 22/5 yang buat semakan keputusan UPKK 2022 dah dapat keputusannya. Tahniah yang berjaya! 


Antaranya Umai, alhamdulillah. Ciksu minta pendapat nak buat semakan ke tidak jadi Ummi share pengalaman buat semakan keputusan UPKK Abang dulu. Ummi suruh dia buat, mana tahu ada rezeki Umai. Alhamdulillah berjaya. Ummi tumpang happy & syukur untuk mereka dan keluarga mereka :D 

12 comments:

  1. Senang bila join meeting online je. Tahniah buat Umai, tumpang gembira atas kejayaan dalam UPKK 🥳

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, benarlah usaha itu tangga kejayaan.

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka cemerlang dalam pelajaran dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. wahhhh tahniahhh umai! acik ana doakan moga success selalu :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah umai...aunty tumpang happy

    ReplyDelete
  6. Tahniah Umai, moga terus berjaya. Bagus Walid hadir onsite, ummi online..

    ReplyDelete