Thursday 18 May 2023

Menggubah Orkid & Mawar


Pergi Mr DIY nak cari hadiah untuk sambutan Hari Guru peringkat sekolah anak³ Jumaat ni. Dalam pada tu rasa ada mood nak menggubah bunga. Orkid beli di Pekan Banting dah dibuang, rosak kena siram dengan air bomba (peristiwa tahun lepas) jadi nak lah beli ganti. Hari tu singgah beli deko raya untuk jamuan raya kelas Abang, dah jeling² pasunya tapi takde mood lagi. 

Hari ni mai beli apa yang dihajati... 

Tak rimbun sangat sebab stok orkid putih dan kuning tinggal yang ni je. Tapi, Ummi puashati dan love sangat ☺️

Ini pasunya. 

Roses ni Ummi tukar arrangement, kembang²-kan kelopak dia nampaklah lagi cantik dan besar bouquet-nya. Asal bunganya Tok Umi dapat hamper dari kawannya. Malas nak bawa balik ke Kedah jadi dibagi pada Ummi. Ummi pun godeklah apa yang patut :)

Ok tak?




6 comments: