Wednesday 3 May 2023

Al Fatihah ~ Pak Ya & Ngah Mah

Semalam 2/5 dapat perkhabaran Pak Ya, ayah arwah Bang Cha meninggal dunia. Sakit tua mungkin, sebab arwah dah berusia lebih 80 tahun. Beberapa bulan kebelakangan ni pun dah dengar khabar beliau dah uzur. 

Arwah Pak Ya rapat dengan arwah Tok Wan, besannya  Masa muda dulu arwah dan isterinya, Mak Nah rajin menziarahi kami. Dari Padang Serai ke Baling, hanya menunggang motorsikal. Biasanya lepas makan tengahari mereka akan bertolak balik. Hubungan kedua keluarga baik sekali hingga Ummi kenal hampir semua anak² Pak Ya. Samaada mereka datang ke rumah terutamanya di musim buah²an ataupun Ummi ke rumah Makngah (masa tu) yang letaknya berhampiran rumah Pak Ya. Walaupun jarang berborak dengan Pak Ya tapi arwah baik orangnya.

Awal pagi tadi pula Ummi dimaklumkan Ngah Mah telah pulang ke negeri abadi. Beliau meninggal pada 12 Syawal 1444H, menyusul arwah suaminya, arwah Pak Ngah Dan yang kembali kepada pencipta-Nya pada 13 Syawal 1433H. 

Kami bertemu pada raya pertama baru ni. Sihat dan ceria seperti selalu. Walaupun begitu, kata arwah beliau terpaksa tinggal puasa 2 hari akibat cirit yang teruk. Dan khabarnya 2-3 hari lepas beliau sakit perut semula. Dan Maghrib semalam sampai janjinya dengan pencipta-Nya, pergi berseorangan di rumah tanpa peneman, tanpa sakit yang teruk. 

Al Fatihah untuk keduanya. 

Mudah-mudahan kedua mereka ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲


5 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Kadang-kadang tidak sangka sebab itu ada kesempatan ziarah semasa mereka masih ada.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn..
    Semoga Allah swt mengampunkan dosa keduanya dan menggantikan tempat tinggal mereka dgn yg lebih baik, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

    Semoga roh arwah Ngah Mah dan Pak Ya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa kedua-duanya.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun...

    ReplyDelete
  5. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un
    Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.

    Syukur berkesempatan jumpa tempohari.

    ReplyDelete