Wednesday 10 May 2023

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Perlis

Dalam perjalanan dari Hotel Putra Regency menuju ke Kuala Perlis kami melintasi sebuah masjid yang cantik. Kubah warna warni umpama yang terdapat di Rusia. 

Rupanya ini ialah Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (Masjid TSFPJdi Batu 5, Kayang, Jalan Kuala Perlis-Changlun. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Rusia atau Masjid Aladdin, sesuai dengan bentuk kubahnya yang seakan-akan dalam gambaran Hikayat 1001 Malam. 

Kami tidak singgah kerana ianya berada di seberang jalan sana. Waktu balik pula, kami telah solat di Masjid Al Hussain (atau juga dikenali dengan Masjid Terapung) di Kuala Perlis. Ada rezeki di masa lain, boleh singgah di masjid yang unik ni..  

Menurut sumber, masjid TSFPJ sering dikunjungi oleh pelancong² yang baru pulang dari Langkawi (melalui Jeti Kuala Perlis) untuk solat dan berehat. 

Nampaknya di Perth-lis (kan Puan Ujie 😉) ni banyak juga masjid-masjid yang indah dan unik. Masjid Alwi di Kangaq tu pun lawa! 

Ini pula IPK Perlis. Besar dan baru. Ambil gambar sebab teruja tengok design IPK ni, modern design dan bukan seperti kebanyakan ibu pejabat polis yang lain. 

Seronok sebenarnya makan angin di Negeri Indera Kayangan ni. Banyak tempat menarik, makanan murah tapi sedap dan takde trafik jemmm... Seronoklah kan orang yang duduk Perlis tu :)


9 comments:

  1. Baru tadi jumpa info tentang salasilah keturunan Raja Perlis yang katanya dari keturunan Ali bin Abi Talib vs Fatimah( puteri Rasulullah.)
    Wallahua'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu sy pun, yg namanya Syed/Syarifah ni katanya ada susur galur keturunan Nabi. Wallahu'alam.

      Delete
  2. Teringin hendak ke Perlis.
    Wah baru tahu ada Masjid Aladdin.

    ReplyDelete
  3. Cantik kan kubahnya.. macam Hikayat 1001 Malam.

    ReplyDelete
  4. wahh menarik bentuk kubah mcm dirusia jugak tuuh., hehe

    ReplyDelete
  5. Hehe…walau dah berkali ke Perthlis, saya belum berkesempatan ke masjid-masjid lawa tu. Singgah yang biasa lalu je di tepi jalan, entah apa nama masjidnya. Bersih selesa.

    Setuju, negeri dengan makanan sedap lepas tu murah pulak. Tenang je hidup tak perlu hadap jam. Anak sedara sibuk ajak kami pindah dok sana, promote Perlis kos hidup rendah 😁

    ReplyDelete
  6. Aiiish, memang cantiiiik kak mesjidnya 😍. Kuning pula. Saya suka warna kuning soalnya. Dikasih garis biru, bikin warnanya terkesan ceria. 👍. Terkadang kalo ketemu mesjid bagus seperti ini tiap traveling, saya pasti pengin mampir utk sholat di dalam

    ReplyDelete