Sunday 7 May 2023

Gotong Royong 3H @ 15 Syawal

Sepatutnya Walid dan Angah akan hadir ke acara gotong-royong kelas Abang, 3H tapi disaat akhir guru kelas maklumkan hanya murid² dibenarkan terlibat. Ini kerana terdapat arahan terbaru dari JPN berkaitan keadaan cuaca panas sekarang serta kebimbangan akan strok haba. 

Walid: Strok haba apa, buat gotong royong dalam kelas kot 🤭

Sebenarnya Walid dah semangat nak balut meja :p Ikutkan inilah peluang nak berkenalan dengan parents lain sebab dah 3 tahun depa sekelas, tapi tak pernah jumpa pun dengan parents lain except for a few. Takpelah B, kita akur je dengan arahan cikgu... 

Apa yang beza Abang? 

Entah, sama je Ummi...tapi kitorang penat gak la buat kerja tadi.. 

Pintu ni dah lawa ni, cat baru...

Oklah tu, janji kelas nampak lebih baik dan bersih. Well done anak² 3H 👍

Petangnya kami datang melawat...sembang² sekali dengan kawan⁵ Abang... Ajak diorang makan Mee Goreng yang sepatutnya Ummi goreng untuk potluck paginya. Masing-masing tak puashati sebab parents kelas lain ada je yang datang tolong...haha... 

Lega Ummi Mee Goreng ni licin depa makan :D 

Masa kami melawat Abang ni, Kakak tak ikut. Dia nak beraya di rumah member di Greenwood. Sebab dah kenal parents-nya, kami tinggalkan je Kakak...

Bukan Greenwood je jemmm, mana-mana tempat pun 'sangkut' 😬

Menghala ke Tol Jalan Duta...

Sebelah pagi, Walid dengan Angah jual barang recycle di RISE@KL di Batu Caves tu. 

Hampir jadi rutin bulanan dah sekarang ni, hantar barang ke recycle center ni. 

Lama kemain depa keluar... Pastu Walid sent gambar...rupanya menyinggah di Rumah Terbuka YB Hilman Idham di Taman Selaseh, tak jauh la dengan RISE tu. Ni dia dok kalut ajak Walid pergi rumah terbuka  PMX pulak di Sri Gombak minggu depan. Makan free apa salahnya Angah kan? 







18 comments:

  1. Bagusnya samaa-sama jaga kebersihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas ceria & bersih baru seronok nak belajar :D

      Delete
  2. Masa sekolah rendah selalu cikgu mtk parents hadir utk gotong royong kelas tapi bila dh sekolah menengah cikgu just suruh anak order curtain dll dari shopee je, lepas tu pandai-pandai mereka nak deco sendiri.. kita tumpang tgk gambar yg cikgu share je dlm grup kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Kakmim, agaknya cg pun lagi suka parents tak involve :)

      Delete
  3. Nampak sedap betul mee goreng PH tu, memang patut pun licin. Agaknya depa tak bagi parents datang, risau parents pulak kena strok haba, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hias lawa² sikit Mee tu bagi nampak berseri haha....
      Taknak crowded agaknya huhu... Skrg pun semua aktiviti luar ditangguhkan

      Delete
  4. selamat hari raya my dear. lama tak bersapa ye .

    ReplyDelete
  5. Ceria kelas selepas gotong royong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...berapa hari nak bertahan tak tahulah 🤭

      Terima kasih singgah sini 💐

      Delete
  6. pelik juga ye taknak ramai2 kot nanti kelas jadi panas mcm tu eh haha
    Pia kalau saya ajak pergi open house dah tak berapa nak ikut katanya malu makan free..macam2 anakdara sorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la kot. ..tapi budak² pun dah besar, boleh buat sendiri je sebenarnya :)
      Pia dah mula segan la tu, dah menginjak ke alam remaja :p

      Delete
  7. Eh tempat letak telur diterima. Di sini tidak diterima untuk kitar semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami hantar je semua yg rasa² boleh dikitar semula...sbb tengok Aunty paper selalu collect bekas telur tu

      Delete
  8. Saya terliur tengok mi goreng PH 🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  9. bagus sgt ada aktiviti mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Aktiviti yang bagus diadakan dan diamalkan oleh semua kan...kebersihan memang yang utama skrg ni...mee goreng tu memang nampak sedap...

    ReplyDelete