Sunday 28 May 2023

Makan Kenduri di UIA

Cuti sekolah dah mula... 

Hari pertama cuti sekolah kami dapat 2 jemputan ke majlis kenduri. Satu darinya diadakan di UIA. 

Selamat Pengantin Baru Asma' & Muiz ๐Ÿ’

Sebelum ni anak² ex-boss Ummi juga buat majlis perkahwinan di dewan ni. Jadi, kami pernahlah ke sini. 

Yang seronoknya, Ummi terjumpa anak dara ex-boss ni. Dekat 10 tahun kot tak jumpa, since Ummi berhenti kerja tu. Dulu umurnya sekitar 15 tahun, sekarang makin cantik bergaya, dah matang dan makin peramah. Bakal peguam Insha Allah ๐Ÿคฒ

Buah tangan dari tuan rumah. 

Adik bergambar kenangan di depan backdrop sempena penganugerahan ijazah kehormat  Doktor Falsafah kepada DYMM SPB Yang diPertuan baru-baru ni. Dah 40 tahun rupanya UIA...

Majlis satu lagi kami tak dapat penuhi, bergegas ambil kereta Ummi yang di hantar service dan nak jemput Angah di tuition center. 

Sebelah pagi kami melawat Uncle Rohai, accident motor Khamis lepas. Mudah-mudahan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya ๐Ÿคฒ Doa yang sama juga untuk K, kawan sekolah Abang yang akan menjalani operation esok kerana tulang selangka patah akibat terjatuh tangga. Katanya licin akibat terpijak air. 

Masa nak balik, terserempak dengan Datin Almy Nadia dengan anak³-nya dalam lif. Sempatlah bertegur sapa. Nak ajak selfie pun baby-nya meragam. Sajalah, nak jumpa artis tu nak juga share story haha....

Cuti kali ni dah ada beberapa aktiviti/ program yang Ummi dah susun untuk anak⁴. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar ๐Ÿคฒ








12 comments:

  1. Semoga yang kemalangan dan yang kena bedah diberi kesembuhan. Ya kamipun hari Sabtu hadiri kenduri kahwin waktu hujan lebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, tq NA
      Cuaca di Gombak alhamdulillah, cerah & terang benderang :)

      Delete
  2. Musim cuti sekolah...musim kenduri kawin...biasa sangat la tu...moga pengantin beroleh bahagia dan kekal till jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul... kenduri kahwin ada, kenduri nak gi haji pun ada :)

      Delete
  3. Wah baru mula cuti sekolah dah penuh aktiviti PH ye. Selamat bercuti sis sekeluarga. Apa plan cuti sekolah kali ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni kita hantar diorang pergi Kem Solat & utk Abang ada tuition hehe...

      Delete
  4. Hari pertama cuti sekolah dah bersusun aktiviti ya.
    Saya pun Sabtu lepas ada 3 tempat pergi. Kebetulan ada balik rumah di NS. Bolehlah ke sana sini, tapi jalan bukan main jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu PU, cuti sekolah memang jem selalunya...

      Delete
  5. Oh, kita tak ada dapat jemputan kenduri cuti sekolah kali ni. Terasa2 pulak lauk kenduri, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami adalah juga jemputan SK... kalau tak kenduri kahwin, kenduri naik haji :D

      Delete
  6. oo.. dh 40 tahun dah UIA ye baru tahu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    Semoga keluarga pengantin dan tetamu yang hadir mendapat barokah

    ReplyDelete