Wednesday 8 February 2023

MeLAKSAnakan Hajat

Dapat lagi bunga kantan free. Kali ni Cg Jas pula bagi, beserta beberapa helai daun pandan.

Asam Rebus dah, Nasi Goreng Kerabu dah, asam pedas pun dah jadi nampaknya kali ni kenalah buat laksa pula. Alang-alang dah ada bunga kantan kan...dok tunggu Cik Leha buat laksa pun tak nampak bayang lagi haha... Laksa beras yang halus-halus tu pun ada lagi sepeket. Ummi tak suka laksa gemuk-gemuk tu. Cepat muak. Kebetulan Abang pun balik sempena cuti Thaipusam, seronok sikit ada geng makan laksa ni..  

Kali ni ikut resepi Che Nom...

Resepi: Laksa Utara 
Terima kasih: Che Nom

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa beras 
1 kg ikan kembung - Ummi guna 5 ekor ikan sardin saiz XL 
1 sudu besar belacan
2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
Gula - Ummi letak 1s/m 
Garam, secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
50g ikan bilis, rendam seketika - ganti dengan 1 kiub ikan bilis 
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Bahan Hiasan:
5 biji telur - direbus, belah dua
2 biji bawang besar - hiris nipis
1 batang timun - hiris nipis memanjang 
Limau nipis - potong dua
1 ikat daun selom - ganti dengan daun selom dihiris halus
Cili padi - hiris nipis

Cara-Cara
1. Rendam laksa kering dan kemudian rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. 
3. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
5. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan hiasan.

Untuk jiran-jiran sikit... 

Alhamdulillah kali ni semua makan laksanya. Mungkin sebab Ummi guna ikan segar, instead of sardines dalam tin tu. Kuahnya lagi sedaplah kan. Rasa manis-manis ikan tu ada.

Resepi Laksa Kuah Sardin klik SINI





5 comments:

  1. Boleh buat niaga mcm ni PH. Nampak sedap tu

    ReplyDelete
  2. Sy paling kagum dgn orang yg masak laksa ni. Orang rajin jer mampu meLAKSAnakannya.

    ReplyDelete
  3. Rajin betul PH. Tukar-tukar menu. Lagi guna ikan segar.

    ReplyDelete
  4. Saya kureng sket laksa utara ni hehehtp klu terdesak, makan je la cuma kosong je kot saya makan ahha

    ReplyDelete
  5. Rajinnya PH.. Aini teringin nk makan laksa sendiri tp nak buat tu adehhh

    ReplyDelete