Saturday 4 February 2023

Adik ~ Convo Pasti

Page 29, 2023

Convo Pasti atau Majlis Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Gombak 2022 telah sempurna diadakan pada 29 Jan 2023 bertempat di Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan (Masjid Wilayah). 

Sampai awal, dapatlah bergambar depan pentas sebelum dewan dipenuhi para ibu bapa. 

Kecik benor kad jemputannya....Risau takut cicir... Kalau hilang tak boleh masuk dewan katanya :D Hanya 2 orang ahli keluarga dibenarkan masuk ke dewan. 

Alhamdulillah majlis berlangsung seperti dirancang, without so much delay and lengthy speeches. 

Anugerah Celik Cerdas untuk Adik. Setiap Pasti nominate murid 5&6 tahun untuk setiap kategori Anugerah Celik. Ada 5 kategori; Celik Al Quran, Celik Minda, Celik Bahasa, Celik Sahsiah dan Celik Cerdas. Seorang murid hanya boleh dapat satu anugerah saja syaratnya kali ni. Tahun lepas Adik dapat 2 Anugerah Celik, dalam majlis tertutup. Kali ni syukur, majlis dapat diadakan secara terbuka dan meriah. Barulah Convo :p

Bersama kawan-kawan yang menerima Anugerah Celik. 

Adik juga dapat Anugerah Mumtaz  (6 tahun) untuk Pasti-nya. 

Gambar kenangan bersama Cg Sue dan Aqil, penerima Anugerah Mumtaz 5 tahun sekolah Adik. Setiap sekolah pilih seorang murid 5 & 6 tahun untuk anugerah ni. Macam Anugerah Celik juga.

Sekaliagi naik pentas untuk terima hadiah graduasi dan sijil tipu-tipu haha .. Sijil sebenar dapat masa nak habis sekolah nanti. Tradisi graduasi Pasti, setiap murid dapat beg sandang sorang sebuah. Alhamdulillah, naik darjah satu nanti boleh guna.  

Alhamdulillah syukur atas rezeki-Nya untuk Adik. Walaupun tak berjaya untuk Tokoh Murid PASTI tapi pencapaian Adik di Pasti sangat-sangat membanggakam Ummi dan Walid. Masa 5 tahun (2020) banyak PdPR, tapi Adik boleh catch up dan mampu cemerlang alhamdulillah. 

Tahniah sayang ๐Ÿ’




10 comments:

  1. Hadiah bermanfaat.
    Tahniah PH sebagai umminya
    Tahniah adik.

    ReplyDelete
  2. Wah ni pasti daerah mana eh? Masa zaman abang aqeem dl, biasa2 je convo nya.. untung skrg ye hehe..btw tahniah adikk pasni dh bole g sek biasa plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gombak Ako ...
      Ini pun 2 sidang, pagi & ptg...ramai sgt muridnya

      Delete
  3. Tahniah adik.. majlis ihtifal pasti mmg meriah.. kalau kt sini ada penyampaian anugerah guru cemerlang jugak

    ReplyDelete
  4. Tahniah adik. Moga terus cemerlang, berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  5. Tahniah adikkkk...dah convo..yeay dah boleh kerja....hehehehehe

    ReplyDelete