Mula tu Maksu 'tayang' laksa viral dia, laksa kuah sardin. Hari yang sama, Maklong Ida (kakak Maksu) di Keramat tu pun masak laksa juga. Zaman segalanya dikongsi di socmed orang makan apa, buat apa kita boleh tahu 🤭 Then, nampak pula gambar bunga kantan dalam group WA geng taman, makin teringin nak makan laksa!
Jadi, semalam terlaksanalah hajat Ummi nak makan laksa kuah sardin (sardin dalam tin).
Resepi: Laksa Kuah Sardin
Sumber: Oh Bulan
Bahan-bahan kuah
1 tin besar sardin - lenyek/kisar bersama sosnya
Sedikit belacan (jika suka)
Daun kesum
Bunga kantan - belah empat
Asam keping
Cili kisar
Sedikit minyak masak (untuk menumis)
Bahan-bahan laksa/hiasan
1 pek laksa beras - direbus hingga lembut dan toskan
Timun - dihiris
Bawang besar - dihiris
Cili padi & cili merah - dihiris
Limau nipis / kasturi - dibelah, dipotong
Telur rebus
Nenas - dipotong kecil
Cara-cara (kuah laksa)
1. Panaskan sedikit minyak masak.
2. Tumis cili kisar dan asam keping hingga pecah minyak.
3. Masukkan sardin yang telah dilenyek bersama sosnya.
4. Masukkan air (3-4 tin - ikut ukuran tin sardin). Biarkan mendidih.
5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Renehkan hingga kuah mendidih dan sedikit likat (kira-kira 25 minit).
6. Perisakan dengan gula dan garam. Siap!
7. Hidangkan bersama hirisan timun, telur, bawang & cili. Slurp 😋
Mudah dan jimat masa sungguh sebab ikan dah tak perlu siang, rebus, asingkan tulang dan kisar isinya. Ikan sardin dalam tin tu cuma perlu dilenyekkan hingga hancur. Kemudian tumis cili kisar dan asam keping. Bila dah naik minyak, masukkan sardin tadi bersama sosnya. Masukkan belacan, daun kesum, bunga kantan dan tambah air secukupnya. Masak kuah sekitar 20-25 minit. Kemudian perisakan, tutup api. Siap!
Nak lagi express, rebus je laksa guna Noxxa atau mana-mana pressure cooker. Untuk Noxxa, masukkan laksa dan air separas laksa tu, tekan HP 10x. Telur pun Ummi rebus guna Noxxa juga (HP 2 minit - air separas telur juga). Kejap je boleh makan dah laksa kita ni. Ini kalau ada tetamu nak datang secara tiba-tiba pun sempat lagi masak laksa ni. Rindu suasana sebelum PKP :(
Sedap rasanya cuma tak adalah rasa manis-manis ikan macam kita guna ikan segar. Kuahnya pun tak pekat macam laksa ikan sekoq tu, tapi adalah keunikannya. Kuahnya pun warna kemerahan, bukan macam kuah laksa ikan segar. Tapi tak pedas pun, macam kuah sardin je. Anak-anak Ummi makan steady je... Rasa pernah makan laksa kuah sardin ni... Beli di pasar malam kot, entah tak ingat dah hihi...
Tunggu apa lagi, pi lah rebuih laksa 😂
Wah best idea pakai sardin ni. Terima Kasih kongsi idea.
ReplyDeleteYg baik kita kongsikan, moga ada manfaat :)
DeleteHaah senang guna sardin.
ReplyDeleteYe NA, tak renyah.
Deletebelum pernah rasa lagi laksa kuah sardin
ReplyDeleteCuba try test Wak :P
DeleteAgaknya kalau sy buat laksa sardin tin ni, Pak Inche perasan tak ya
ReplyDelete🤭
Deletewah mcm best je menu walaupun tk tau kenapa tekak tk boleh terima laksa
ReplyDeleteTak suka laksa ye?
Deletebyk kali aida nampak resepi kuah laksa guna sardin.
ReplyDeletetapi tu la, lom pernah cuba, hazel.
sebab mr.asben tak makan laksa :(
anak-anak pun tak brape minat.
aida sorang je hantu segala jenis laksa :)
maka, beli aje la kan sebungkus.
Kalau gitu better beli je Aida :)
DeleteMacam senang juga ye..boleh try ni 😁
ReplyDeleteSila-sila :)
DeleteIzin promo ya Admin^^
ReplyDeletebosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))