Thursday 16 February 2023

Tabung Ihya' Ramadhan

Rejab sudah menghampiri penghujung. Akan disusuli dengan Syaaban dan kemudiannya bulan Ramadhan yang mulia. 
Rata² masjid/surau dah mula sediakan tabung Ihya' Ramadhan dan membuka slot untuk tajaan berbuka puasa di moreh. 

Masjid An Nur Temasya Glenmarie Shah Alam antara yang awal melancarkan tabung Ihya' Ramadhan ni. 

Mengambil inspirasi, kami juga telah melancarkan tabung Ihya'Ramadhan diberi rumah ☺️  Tujuannya tidak lain untuk diinfaqkan bila Ramadhan tiba nanti. 

Anak³: Kita nak buat apa dengan duit tabung ni nanti Ummi?

Ummi dah siap jawapan dah; 
1) Kita buat sedekah di bulan puasa nanti -  pahala berganda-ganda
2) Kita beli makanan/bahan mentah untuk sedekah - pahala bagi makan orang berpuasa sama dgn pahala org berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yg berpuasa tersebut)

Setakat ni yang rajin bersedekah dalam tabung ni ialah Adik. Kadang 10 sen, kadang 20 sen :D Takpe dik, Allah suka amalan yang dilakukan secara  istiqomah. 

Sekadar usaha kecil untuk lebih memaknai sedekah dan kemuliaan Ramadhan. 


5 comments:

  1. Bagus sediakan tabung Ramadhan di rumah.

    ReplyDelete
  2. Wah..
    baguslah PH...dah siap perancangan mengumpul pahala berganda..inspire

    ReplyDelete
  3. kalau kat rumah ammi..si Ozil suka bila jumpa duit syiling atas lantai rumah (abah dia punyalah tu)...dia kutip pastu masuk tabung..dia kata "nanti nak sedekah"...padahal tu duit abahnya.

    btw PH...ammi ada tag awak utk join GA tau (https://www.sheilaarshad.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, istiqomah sedekah sama2 ., aminn

    ReplyDelete
  5. Wah..bagus pendekatan PH, memang bagus ajar anak- anak dari kecik

    ReplyDelete