Sunday 19 February 2023

Jamuan Akhir Tahun Kakak & Angah

Tiga hari berturut-turut jamuan guys! Kitalah alarm clock, kitalah cook, kitalah supir memang kelam-kabut pagi-pagi hari di minggu akhir sekolah kali ni ๐Ÿ˜

 

Untuk jamuan kelas Kakak dan Angah ni Ummi tempah je creampuffs dari Acik Solehah, our favorite baker. Cikgu kelas Kakak request Kakak bawak creampuffs ni sebenarnya. Sedap katanya. Alang-alang tu Ummi order untuk kelas Angah dan cikgu² kelas & halaqah Abang sekali. Kena jumpa guru kelas ambil result exam dulu sebelum boleh bawa balik ke rumah. 


Creampuffs Acik Solehah ni sekali cuba, memang akan jatuh hati tau! The best creampuffs so far di tekak kami anak beranak. 

Kelas Kakak.

 Kelas Angah. 

Pakat tapau bawa balik untuk Ummi dan Adik :D Makanan banyak jadi cikgu pun suka je pakat bawa balik. 

Alhamdulillah berakhir sesi persekolahan 2022/2023 untuk anakanda berdua ni. Moga tahun-tahun mendatang akan lebih banyak kejayaan akan dikecapi aamiin ๐Ÿคฒ

Malam tu dapat mesej dari Cg AS ..

Ummi : Diorang main phone cg ke? 
Cg AS: saya bagi phone suruh ambil gambar kawan-kawan, rupanya ambil gambar diorang je๐Ÿ˜Œ
U: ๐Ÿ™†


7 comments:

  1. Itulah tabik hormat pada PH buat segala-galanya.
    Amboi sakan bergambar sendiri banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah tabik² NA, dah tanggungjawab hihi ✌️

      Delete
  2. rindu nak berjamuan zaman dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman akk dulu simple je jamuannya. Pakat bawa cekodok, lepat pisang/ubi kayu... Gitu je :,D

      Delete
  3. seronok anak2 dpt menikmati jamuan kelas. sedapnya cream puff!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar tak sedar berbiji-biji masuk mulut hihi ..

      Delete
  4. best berkumpul ramai- ramai time last sekolah macam ni...mesti banyak giler lebihan makanan kan

    ReplyDelete