Sunday 19 February 2023

Cuti Sekolah Day 1 ~ Nasi Ayam Hainan

Cuti sekolah dah mula .. Acik² kantin boleh rehat sat, bagi mak² pulak buat catering di rumah 😁 

Untuk lunch semalam Ummi masak Nasi Ayam Hainan. Resepi dari laman web Keluarga

Dalam resepi ni ada sambal cili dan sambal halia. Ummi cuma buat sambal cili je. Pastu sediakan kicap nasi ayam dan sos cili Thai. Kiranya tak ikut sepenuhnya pun resepi 👆

Mula-mula Ummi rebus kaki Ayam dulu bersama bahan² lain hingga mendidih. Kemudian Baru Ummi masukkan ayam bahagian lain dan tanbah air separas ayam. Rebus sekurang-kurangnya 45 minit -1 jam. Tutup api dan keluarkan ayam dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais, untuk kekalkan ayam dalam keadaan juicy. Kemudian toskan air dan perap ayam bersama sos tiram atau seafood sauce, which is lagi sedap katanya. Kemudian goreng atau masukkan dalam air fryer. 

.
Untuk nasi, tumis bawang putih, halia, daun bawang dan daun pandan (Ummi tambah) bersama marjerin. Masukkan beras dan goreng hingga air hampir kering. Then, transfer ke dalam rice cooker. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya dan seketul kiub ayam. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa. 

Untuk sambal cili pula, kisar halus cili padi hijau + bawang putih + halia + jus limau kasturi+ garam + gula. Sesuaikan rasa. 

Seperti biasa, kalau siang dah pulun, malam kita makan ala kadar je :D 

Maggi Goreng & Keropok Lekor beserta naki Nasi Ayam Hainan siang tadi.

Nun di Jitra, depa siap supper lagi...

Spaghetti Carbonara Cheese katanya

Untunglah Maksu, Kak Una dah pandai dan rajin masak :)  



13 comments:

  1. Lapar pulak tengok nasi ayam hainan...sedap!

    ReplyDelete
  2. Rajin masak PH. Lama tidak makan nasi ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajinkan diri, rakyat ramai haha... Lebih jimat makan di rumah :D

      Delete
  3. Wahhhh.. nampaknya kita dah mula ada kimia ni, PH. Sambal cili ada cili padi tu mesti lagi mantul, kan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah itulah SK... Besar hati PH bila blogger ternama cakap camni 🤗

      Delete
  4. Replies
    1. Hari tu nmpk MA buat nasi ayam kan... Hari turn kita pulak :D

      Delete
  5. Siap ada sambal cili, rajin PH.
    Lagi laju la makan ada sambal pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kpd rajin nak cuba kot PU :D nak tau apa rasanya bila makan nasi ayam dgn sambal cili padi...gitulah ..

      Delete
  6. Katering mama dah on ye... happy memasak PH

    ReplyDelete
  7. Hari tu nampak SK buat nasi ayam..hari ni singgah sini..kat sini pun nasi ayam..alaaaaa...nak kena buat jugak la kalau macam ni

    ReplyDelete