Entry santai di hujung minggu .. Kita citer bab rezeki dari surau :D
Kenduri malam Jumaat. Lumayan sungguh rezeki yang dibawa balik; pulut kuning & rendang ayam, kuih apam, roti canai, air kotak... Ada 2-3 jemaah sedekah makanan, sebab Khamis tu ramai yang berpuasa sunat. Fastabiqul khairat...
Ambil pinggan, makan berdua dengan Walid. Alahai, bertambah sedap :p
Ini door gift Ustaz Kafa, buat walimah di surau kami. Hand lotion tu tak sempat-sempat Kakak dah rembat 🙄 Anak Dara sorang tu kan, dah pandai nak melawat tau.
Alang-alang, kita selit sekali pemberian jiran-jiran...
Mama Anas bagi belimbing buluh (dalam plastik). Ummi campur dengan belimbing buluh beli di pasar pagi Greenwood hari tu, jadilah sambal hitam express :D
Macam biasa, gambar hasilnya lupa nak snap 😅
Rezeki terbesar pastinya berada di kejiranan dan dikelilingi jiran-jiran yang baik.
الحمد لله ثم الحمد لله
Ya saya baru hendak beritahu untung dapat kejiranan yang baik.
ReplyDeleteWH meriah betul. Rezeki dikelilingi orang yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah..Macam macam menu dan barangan dapat. Beruntung dikelilingi mereka yang pemurah berkongsi rezeki.
ReplyDeleteWah..meriah. Tak payah pergi kenduri pun makanan macam di kenduri.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Alhamdulillah....
ReplyDeleteSeronok bila dapat kongsi rezeki dan dapat rezeki yang dikongsi.Indahnya sedekah
Alhamdulillah
ReplyDeleteLumayan rezekinya
bestnya rumah akak dekat gan surau.. hihi
ReplyDeleteWah, macam-macam ada! Seronok apabila tinggal dalam kejiranan begini dan saling berkongsi rezeki.
ReplyDeletetak rugi berbuat baik pada jiran, sronok tgk mcam2 ada
ReplyDelete