Monday 21 February 2022

Terung Telunjuk Goreng Berlada

Sayur untuk dinner is done 😁
Ummi suka masak sayur dekat-dekat nak makan, baru sedap.

Menu malam ni Terung Telunjuk Goreng Berlada

Ummi suka makan sayur terung. Tak kiralah jenis terungnya. Cuma, tak pandai nak pelbagaikan sebab terlalu terikut dengan cara Tok; 
~ terung ungu masak pajeri
~ terung bulat masak lemak ikan masin
~ terung telunjuk rebus cicah ulam

Macam auto set dah masak menu atas tu kalau beli terung :)

Rebus begini anak-anak tak makan :( 

Sesekali nak juga tukar selera... Makanya hari ni Ummi masak Terung Telunjuk Goreng Berlada. Ini pun hasil rujukan di blog Resepi Nannie. Suka ke dapur Pn Nannie sebab resepinya simple tapi sedap-sedap. Tqvm Pn for the recipe. 

Resepi: Terung Telunjuk Goreng Berlada
Sumber: Pn Nannie

Bahan-bahan (Bahan A)
Terung telunjuk - potong serong
Telur - tak letak 
Garam
Gula
Asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk Halus (Bahan B)
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam ikan bilis - rendam dan toskan
Kunyit hidup

Cara-cara
1. Tumbuk halus semua bahan B 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak
3. Masukkan garam dan gula secukupnya dan asam keping
4. Masukkan telur yang dikocok - Ummi tak letak (skip #4)
5. Masukkan terung telunjuk dan gaul sebati. Bila terung lembut, tutup api. Siap!

Hidangan yang sangat mudah tapi sedap dimakan :) 

Terung telunjuk ni hasil Ummi tunjuk-tunjuk di pasar pagi Greenwood hari tu. Dah bertemu Ahad, stok bahan yang dibeli masih berbaki :D 

Selamat mencuba 🤗

18 comments:

  1. Sedapnya terung telunjuk..Kami oanggil terung Lebai Said🤭
    Terung ni masuk dalam asam pedas pun sedap..Kadang saya buat kerabu santan.Terung telunjuk rebus digaul dan lenyek sikit campur sambal belacan+ bawang hiris,santan pekat,limau nipis dan adjust sesedap rasa.Isi terung ni "laik" kan...🤭

    ReplyDelete
  2. Samalah kita peminat terung. Paling suka terung berlado la.. terung ungu tu pun sedap juga masak berlada. Kalau masak berlada, boleh kawankan dgn lauk lain. Tapi kalau masak pajeri, kena makan solo ngan nasi panas2, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau buat pajeri regu juga dgn ikan @ ayam goreng. Takpun ikan masin hehe

      Delete
  3. Buah terung telunjuk banyak tapi wak jarang2 makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham Wak... Kalau byk selalu tak brp nak makan. Yg jarang jumpa ni pula selalunya teruja nak makan :)

      Delete
  4. Sini susah juga nak jumpa terung telunjuk ni.. kalau ada memang nak belilah.. sedapnyaaa makan dengan nasi pepanas...

    ReplyDelete
  5. confused ni.
    terung tu rupa macmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg gambar atas tu 👆 size dia sebesar jari telunjuk je lebih kurang..

      Delete
  6. Saya belum pernah masak/makan terung telunjuk.
    Rasanya sama je ya dengan terung ungu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama je rasanya, cuma terung ni saiznya kecil. Panjang seakan jari telunjuk je puan...

      Delete
  7. Aduhai, terliur saya tengok hidangan ini! Saya pun penggemar terung juga. Tetapi di tempat saya susah nak jumpa terung telunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di pasar Gombak ni selalu juga ada, tempat jual ulam-ulaman.

      Delete
  8. yum yum sedapnya lauk fav mama

    ReplyDelete
  9. Sedap sebab buat goreng berlada.

    ReplyDelete
  10. samalah..biasanya sayur mmg buat utk 1 kali makan..dinner kita goreng lain. kalau tak tu mcm benyek je sayur tu

    ReplyDelete