Semalam ajak Walid singgah sekejap di kedai emas ni... Asal lalu saja nampak ramai orang menunggu di luar kedai. Confused jugalah kami apa yang menarik sangat dalam kedai tu. Kalau kedai baju ke, boleh faham. Ini kedai emas kot. Dalam hati, banyak duit depa ni :,D
Selesa betul dalam kedai ni. Patutlah customer sanggup beratur panjang nak masuk dalam kedai ni. Kata Ustzh Aina, banyak pilihan dan design cantik-cantik.
Ummi intai-intai je sebab tujuan kami nak tanya harga trade in cincin Ummi yang salah satu batu zircon-nya tercabut. Cincin lama, dekat 20 tahun usianya.
Harga trade in semalam RM220/gram. Dalam hati, top up duit boleh beli cincin baru ni ... Berangan dah :D
Sayang seribu kali sayang, cincin Ummi tu rupanya emas paun! Emas paun ni kandungan emasnya hanyalah 75% berbanding emas 916 ( 91.6%) dan emas 999 (99.9%). Ia juga dikenali sebagai emas 18karat. Selama ni ingat emas 18k tu sangat 'wow'. Nampak sangat kurang ilmu tentang hal ehwal emas ni.
Bila diberitahu harga trade in untuk emas paun ni cuma RM100/gram, terus Ummi cancel. Walaupun cincin Ummi tu beratnya tak sampai 2 gram, tapi sentimental value dia sangat tinggi. Tak berbaloi Ummi nak let go cincin tu with that price.
At least we learned a lesson. Lepas ni kalau nak beli emas, pilih emas 916. Kalau yang duit berkepok-kepok tu, boleh beli emas 999 :)
Peminat emas, bolehlah ke sini. Staff sangat friendly and very helpful. Dari segi harga, design dsbnya Ummi tak berapa arif.
Kedai Emas & Permata Sri Anggun, Sri Gombak
No 92G Jalan Prima SG 3
Taman Prima, Prima Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Hehe elok peminat emas selidik hendak pakai emas jenis apa.
ReplyDeleteMemang patut pekerja yang layan pelanggan peramah.
Ai pun ingatkan emas karat tu emas paling mahal. Huhuhu!
ReplyDeleteSaya pun tumpang tambah ilmu, belajar tentang emas hari ni.
ReplyDeleteehem ehem nak rompak akak la mcm ni hahahaha
ReplyDelete