Saturday 5 February 2022

Upah Jadi Driver :D

Tengahari buta loceng pintu berbunyi...

"Ummi, Uncle Shah datang! Dia bagi kotak besar..."

Dalam hati Ummi, "ada-ada je mamat ni" 🤭 
Ini tak lain tak bukan, nak bagi 'upah' ambil anak2 dia sekolah-lah ni... 

Sehari selepas cuti Thaipusam hari tu, Uncle Shah warded beberapa hari. Jadi dia minta tolong Ummi ambil Sha & Shaq. Ummi tak harapkan sebarang upah pun... Sha & Shaq tumpang ke tidak, Ummi tetap ke sekolah ambil Angah dan Kakak. Maknanya tak jadi masalah pun kalau tumpangkan depa. 

Inilah 'kotak besar' tu ...

Memang rezeki anak4-lah ni ... Uncle Shah bagi aiskrim kayangan :D 


Ikutkan segan juga sebab pertolongan tak seberapa pun, tapi sebab dah kenal Uncle Shah since uni days, kita terima dengan hati terbuka 😁 Next time nak KFC pulak, boleh :p

Ini pula kejutan dari Uncle Akmal. Tiba-tiba muncul depan rumah 2hb lepas... Lebih terkejut, dia muncul dengan seplastik besar limau mandarin... Macam tau-tau kami suka limau ni. 

Sebahagiannya Ummi bagi dekat jiran-jiran... Panjangkan sedekah... Nak makan sendiri memang tak habis ni. Kiranya puaslah kami makan limau mandarin tahun ni. Alhamdulillah. 

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

5 comments:

  1. Allahu... rezeki sungguh. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Lumayan betul hadiah yang dapat. Itulah elok dipanjangkan pemberian pada orang lain.

    ReplyDelete