Wednesday 2 February 2022

Cuti CNY Day 2 ~ Melawat Nasyrul Quran, Putrajaya

Hari ni kami ke Putrajaya, melawat kilang percetakan Al Quran, di Kompleks Nasyrul Quran di Precinct 14 Putrajaya. 

Sekarang hingga 6/2 sedang diadakan ekspo jualan Al Quran dan kompleks ini dibuka untuk pelawat. Waktu lain pun boleh melawat, boleh hubungi pihak Nasyrul Quran. Boleh booking slot untuk guided tour tak silap Ummi. 

Kompleks ini dimiliki oleh Yayasan Restu.

Serba sedikit info berkaitan Yayasan Restu.

Cantik dalam kompleks ni ..

Mula-mula kami ke kilang mencetak Al Quran... Lawatan ni percuma ye... Kalau guided tour tak pasti. 

Kami dapat lihat proses percetakan, Al Quran di jahit, disusun, dibalut dsbnya... Semua ni menggunakan mesin tapi ada juga pekerja yang bertugas. Sebahagiannya warga Bangladesh. Cuma tak banyak input/info yang kami dapat memandangkan tiada petugas khusus yang memberi penerangan bagi setiap proses di atas. Nak bertanya kepada para pekerja pun khuatir mengganggu pula. Masing-masing nampaknya sibuk  menjalankan tugas masing-masing, takkan kita nak kacau kan... 

Ada jualan untuk kegunaan sendiri mahupun untuk waqaf

Selain mencetak Al Quran, Yayasan Restu juga mengambil tempahan jubin untuk hiasan masjid, surau dsbnya.

Mudzaffar Hotel di Melaka antara yang menggunakan jubin dari Yayasan Restu.

Antara yang dipamerkan... 

Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dan diterokai di sini. Dan seronok berada dalam kompleks ni, sejuk dan selesa.

Di luar, ada booth jualan produk makanan, minuman, sejadah ... Jualan cenderamata dari Yayasan Restu juga ada...

Tapi, yang menarik perhatian pastinya...

Kagum betul Angah dengan motor polis ni :D Abam polis tu pun pandai melayan; bagi dia naik atas motor tu, tekan siren, hon dsbnya .. Bila nampak Angah dapat naik motor tu, kanak-kanak lain pun pakatlah serbu hehe... 

Booth Bomba pun ada .. kompleks ni sebelah balai bomba je... Dari traffic light dekat Bangunan Inspen tu, ambil kiri. Tak jauh dari situlah kompleks ni. Jumpa balai bomba dulu. Mula tu kami ikut Waze, dibawa ke pejabat Nasyrul Quran agaknya sebab di situ nampak macam bangunan pejabat. Surau Nasyrul Quran ni buat solat Jumaat juga. Walid pernah solat Jumaat di sini masa ada tugasan di Putrajaya dulu. Walaupun pernah ke sini, tapi sebab dengar sangat 'cakap' Waze, tersalah tempat juga :D 

Kalau ada masa, jemputlah ke sini :) Ummi pun kalau boleh nak ke sini lagi. Tadi, orang ramai sangat, tak selesa nak berlama-lama. 




6 comments:

  1. Ha tu la br tau jgk ni.. Td ada nmpk mrmber pun dok posting tmpt ni. Klu xde aral bole gak g jengah wiken nntt

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ada lawatan tengok al-Quran dicetak.

    ReplyDelete
  3. Wak ada senaskah tafsiran Al-Quran terbitan Yayasan Reastu ini

    ReplyDelete
  4. Saya pun belum pernah sampai dalam ni....
    Selalu lupa bila dah sampai Putrajaya..huhuhu
    In sha Allah nak juga pi nanti..Menarik

    ReplyDelete
  5. MashaAllah bermanfaatnya ke sini, untung sekeluarga buat lawatan lihat Al-Quran di cetak. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. memang best ke sini, rasa tenang jer bila masuk kat dalam. Saya pernah datang bawa grup anak-anak tadika kalau tak silap tahun 2018..mmg rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete