Pagi tadi buat sandwich telur. Bahagian kerak roti tu Ummi simpan. Nak buat puding roti takde susu cair. Jadi, Ummi buat jemput-jemput roti. Sebelum ni pernah buat, tapi Ummi blend kerak tersebut kemudian campur tepung gandum.
Kali ni lebih simple; carikkan kerak roti kemudian pecahkan 2 biji telur ke atasnya, tambah cili, bawang merah, daun bawang yang telah dihiris. Gaul sebati. Tambah sikit air jika kerak roti tak berapa kembang. Tapi, air jangan banyak sangat, nanti susah nak kepal adunan. Masukkan 1-2 sudu serbuk Maggi Cukup Rasa. Kepalkan adunan dan goreng keemasan dalam minyak panas. Hidangkan bersama sos pencicah. Resepi ni Ummi ambil dari Majalah Rasa.
Sayuran tu ikutlah nak letak carrot ke, daun sup ke, kucai ke ... Letak ikan bilis pun sedap. Selamat mencuba 🤗
#Maaflah, gambar tak cantik, bersiaran live dari dapur. Dah sampai meja makan, confirm tak sempat ambik gambar. Peminat serbu 😆
Sedap sangat ni PH. Itu sebab kalau sampai meja memang tak sempat nak ambil gambar.
ReplyDeleteSaya pun ada guna roti lebih letak dalam jemput-jemput tapi bahan saya ringkas sahaja.
ReplyDeletenampak cantik je gambar tu PH, menyelerakan lagi 😋
ReplyDelete1st time dgr jemput2 roti
ReplyDeletejemput2 roti sedap je nih., ;p
ReplyDeleteTengok maghrib-maghrib sambil tunggu azan...ni..rasa sedapnya kat tekak....
ReplyDeleteSedap ni jemput-jemput roti begini. Sekejap je dah licin-licau :)
ReplyDelete