Wednesday 13 October 2021

Water Cut Day 1 ~ We Survived!


Pukul 5 lebih Ummi bangun pagi tadi. Sempat masak kari ikan bawal you :) Malam tadi dah tumis rempahnya, tinggal nak masukkan santan je. Lepas tu goreng sayur, pun sayurnya dah dibasuh bersih. 

Maklong kata nampak macam tapau kat kedai haha... Ummi lapik pinggan dengan kertas lilin tu, jimat air tak payah basuh pinggan. Kertas lilin tu beli lama dah. Masa tu nak beli paper plates tapi semuanya sold out. That time pun takde air. 

Adik pun sekolah macam biasa. Cumanya sepanjang 3 hari sekolah ni (Rabu-Jumaat) operasi Pasti dipendekkan. 

Selain air minuman, cikgu pesan bawa air extra sorang sebotol untuk kegunaan khidmat diri. Adik bawak air 1L je. Cikgu bagi notis lambat. Nak bawa yang 5L tak sempat beli dah. 

Ini pula rezeki petang tadiPagi tadi rakan blogger, Fiza jamu rojak mi Hj Shariff di blognya. Siapa sangka, petangnya rezeki Ummi makan rojak juga.

Rojak sotong ni pemberian Aunty Farah. Meleleh-leleh kuahnya, malas nak tukar bekas. Nanti kena basuh pula 😅

In conclusion, everything goes as usual on day one. Kita tengok pula hari-hari seterusnya... Jiran Ummi sorang tu dah balik ke rumah ayahnya di Bangi. Sorang lagi dah angkut beg ke Genting Highlands. Hebat depa 🤭








3 comments:

  1. Oh, baru sy tahu kertas tu panggil kertas lilin ya, hihi. Memang nampak macam tapau kat kedai laa

    ReplyDelete
  2. hhahahah saya pun sama masih bertahan lagi ni hehehe..
    Cuma pagi tadi sempat la menyinggah rumah kakak.. tumpang 'membuang' wkakakaka

    ReplyDelete