Sunday 24 October 2021

Al Fatihah ~ Sutradara Mamat Khalid

Terkejut mendapat perkhabaran pengarah tersohor Mamat Khalid pergi menghadap Ilahi awal pagi tadi. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Ipoh selepas Zohor tadi. 

Credit BH Online

Ummi antara khalayak yang 'melayan' karya arwah. Telemovie Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan filem Zombie Kampung Pisang antara kegemaran Ummi. Manakala watak Husin lakonan Dato' Awie sentiasa menambat hati. Di tangan arwah Abang Mamat, sisi komedi Awie berjaya dicungkil dan digilap. Selain kritik sosial, karya arwah sentiasa mendapat tempat kerana watak-watak sampingan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon biasa tapi hasilnya luarbiasa. Arwah juga banyak memberi ruang kepada pelakon senior untuk terus mencari rezeki dalam bidang seni. Pastinya kehilangan arwah sangat dirasai oleh mereka. 

Al Fatihah untuk Almarhum Mohamad Mohamad Khalid (Mamat Khalid).




5 comments:

  1. Semoha rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. semoga ronya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Betul. Memang terkejut dengar pemergian arwah. Khabarnya kena heart attack 😢. Innalillahiwailaihirojiun & Al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  4. Saya pun terkejut.
    Innalillahiwainnailahirajiun.
    Semoga Allah rahmati arwah.
    Btw arwah pernah komen pos blog saya dulu-dulu.

    ReplyDelete