Tuesday 28 September 2021

Ramly Halal Mart, Batu Muda

Jumpa dah port nak beli produk keluaran Ramly dan barang sejuk beku lain yang selesa, bersih dan mampu milik. Mampu milik barangnya ye, bukan kedainya :D 

Dah lama tahu ada kilang Ramly di sekitar Batu Muda ni tapi tak pernah cari atau terjah. Hinggalah sekitar bulan 4 hari tu, Walid  discovered tempat ni tapi disebabkan PKP, PKBP dsbnya di Lembah Klang ni jadi tertangguh jugalah hasrat Ummi nak ber-shopping di sini. 

Sabtu lepas baru Ummi berpeluang 'rasmi' kedai ni haha...

Produk sejuk beku... Bukan sahaja produk Ramly, terdapat juga pelbagai halal syarikat lain. 

Frozen seafood pun ada... Super excited Ummi ni hah :) 

Dessert , produk makanan ready to eat keluaran Ramly pun ada rupanya. 

Di sini juga boleh dikatakan one stop center untuk peniaga burger sebab semua keperluan/bahan di jual di sini. 

Termasuk juga sayur-sayurannya...
Tomato, kobis, timun dan serba sikit buah-buahan...

Barang keperluan asas; beras, gula, tepung dsbnya pun ada...

Ummi ambil satu pek ikan bilis Langkawi ni. Elok ikan bilisnya, stok baru. 

Istimewanya ada cafe untuk kita menikmati juadah Ramly. 

Hasil tangkapan hari tu... 

Satu Ummi nak pesan, kalau ke sini jangan lupa beli salmon. Harganya sangat berbaloi dan kualiti ikan sangat memuaskan. Takde bau hanyir langsung. Puashati.  

Ummi tabur garam, serbuk lada hitam dan sedikit tepung jagung. Pastu goreng. Terasa keenakan isi salmon ni. Selalu Ummi grill tapi hari tu nampak MamaCella goreng ikan ni, teringin juga ☺️ Sedap, anak-anak pun suka. 

Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 12 Jalan 29/10A
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu
68100 Kuala Lumpur
No Tel: 03 6184 2972 

Maaf, Ummi lupa nak check business hours-nya 😅

10 comments:

  1. haha, wak pun baru makan burger daging pak arab kat sini, bukan burger Ramly ye.,. ;p

    ReplyDelete
  2. Dahulu pernah lalu rasanya. Hehe. Wah ada kedai lengkap ya.
    Berminat pula dengan salmon kalau harga berpatutan.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya singgah satu kedai semua ada, suka burger ramly, ikan bilis pun ada jual, tengok salmon teringin pula..

    ReplyDelete
  4. Best kan... kita pun suka soping situ.. Dulu suka lepak situ minum n makan2 ngan uyum hahah

    ReplyDelete
  5. Eh,Ramly pun ada ikan bilis juga yer.Dah lama tak ke Ramly Mart ni.Nak gi jugak lah.Selalu beli keropok lekor dia pun sedap..
    Ikan salmon tu saya lagi suka goreng dari grill sebab suka kegaringannya..Lagi satu nak feel makan salmon skin tu...hihihi

    ReplyDelete
  6. bestnya dpt memborong mknan frozen kat sni..

    ReplyDelete
  7. Baca post nasi goreng chilly flakes tu...membawa sampai sini..
    Demi nak cari salmon..🤭
    Baru perasan kat Bandar Tun Razak rasanya pernah lalu situ nampak Ramly Halal Mart ni..Nanti nak pi cari la salmonnya..
    TQ infonya PH

    ReplyDelete
  8. Sini mmg best banyak pilihan yang ada ..barang2 basah ,kering senang nk dpt ..suka dtg beli kat sini ..tapi agak sedikit kecewa Bila mana terdapat sorg cashier prempuan & di resit tertulis nama suhada ..layanan dia sangat teruk ..before this dtg cashier lain ok..but this one really rude.. Cara bercakap dan layanan dgn customer sgt kasar .. I think services perlu diperbaiki ..

    ReplyDelete