Tuesday 21 September 2021

Kemas Almari

Cuti sekolah baru ni Ummi kemas almari baju anak-anak. Fokus pada baju jalan-jalan je. 

Lama sangat tak keluar berjalan, rupanya banyak baju/seluar yang dah singkat dan ketat. Baju-baju yang sebelum ni besar, sekarang dah muat elok di badan. 

Baju-baju Angah. Yang tengah tu semua dah agak senteng, sesuai buat pakai di rumah je. Ada juga seluar dia yang hand down down to Kakak. Angah ni dia tak 'membesar' tapi 'meninggi'!

Kakak pula nampak makin besar hikhik... Seluar dia banyak yang ketat-ketat. Simpanlah untuk Adik. 

Ini je yang tinggal baju jalan-jalan Adik. (Hint: nak pi shopping) ☺️

Abang pun sama, banyak baju dah ketat. Memang Membesar dengan jayanya sepanjang duduk rumah ni. Masuk asrama sebulan hari tu, turun juga 7kg. Ini Naik berganda dah agaknya... 

Seluar Abang, habuan Ummilah :D Memang dah besar, tinggi dari Ummi dah sekarang ni anak bujang Ummi ni 🥰

Ini baru bab baju jalan-jalan. Uniform sekolah tak sentuh pun. Rasanya yang ini pun banyak yang nak kena beli baru esp untuk Kakak. Baju beli masa dia nak masuk Darjah 1. Sikit hari lagi dah nak masuk Darjah 3. Tapi, ikut siaran media KPM hari tu, untuk baki persekolahan tahun 2021 ni dibenarkan pakai baju yang bersesuaian selain uniform sekolah sekiranya baju tak muat. Harapnya kekallah begitu. Sayang kalau beli baru, then sekolah kena tutup :( 


7 comments:

  1. sama kak, sejak beberapa bulan lepas, saya memang dah pakaikan je baju jalan anak-anak walau hanya duduk je rumah. Sayang baju-baju tu semua dah singkat tanpa dipakai..huhu

    ReplyDelete
  2. samalah... jeans yg selalu pakai utk jalan mmg dh senteng... sbb kt umh mmg x pakai jean nasiblah adik beradiknya ramai lelaki.. yg si kakak sekarang byk dpt baju dr usunya dah... asik beli baju kt aeon pakai sekali 2 dah mengecik.. bj sekolah mmg dh kecik dh bila pakai masa gm sekolah ari tu... risau nnt kalau dh trn sekolah xkn nk tempah bj sekolah baru..huhu

    ReplyDelete
  3. Hehe itulah ya fikir pasal baju pula sebab mereka tengah membesar.

    ReplyDelete
  4. Sedar tak sedar dah nak dekat 2 tahun kerja & dok rumah on off..Baju sekolah & baju raya lebih banyak berlipat dari dipakai kan...

    ReplyDelete
  5. Nasib ingatkan, memang perasan anak-anak ulang pakai baju yang teratas ja. Untung ummi dah boleh pakai seluar abang.

    ReplyDelete
  6. lama tak berjalan, bagus juga kemas kemas baju. Pkp ni masing masing baju dah mengecil boleh buat pakai di rumah.

    ReplyDelete
  7. Tulah tu…. Tak perlah jugak ada adik adik, Dan Tak perlah cuma menunggu, paling kuat pun senteng….kalau yg membesar, lagi bahaya hihi

    ReplyDelete