Friday 3 September 2021

Bihun 12 Sudu Teh Gula yang Viral tu...

Asal kata viral, cepat je nak mencuba :) 

Maklong lah perkenalkan resepi ni. Khabarnya viral dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) . Dengar kata guna 12 sudu (teh) gula tu seram juga. Tapi, tetap juga nak try sebab kalau tak cuba tak tahu. 

Bihun dah ada cuma udang kering takde. Maksu kata boleh guna ikan bilis. Oh ok... Tapi, nak juga ikut rapat resepinya jadi sanggup ke kedai beli udang kering. Siap beli 2 jenis; udang kering biasa dan udang geragau kering sebab tengok dalam gambar, empunya resepi guna udang geragau kering. Sampai gitu sekali lurus bendul Ummi ni kalau first time masak sesuatu 😁 Takut tak jadi nanti kita yang frustrated. 

Nampak pucat dan kosong je bihun ni kan? Cuba dulu, baru tau sedap ke tak :p

Ada yang pertikaikan tak manis ke letak gula 12 sudu? Sebenarnya resepi ni tak guna sebarang sos/kicap/perisa, masak style tok-tok kita di kampung dulu-dulu. Garam, gula dan udang kering itulah penyedapnya. Seperti kita sedia maklum, sos ni pun tinggi kandungan gula dan garamnya. 

Lagipun, 12 sudu teh ye, bukan 12 sudu makan. Kalau convert, 12 s/t ni lebih kurang 3 sudu makan. Untuk lebih selamat, guna sudu KFC tu. Itupun dah cukup..

Resepi ni dari nenek kepada empunya resepi. Bihun pun rendam dalam air sejuk, bukan celur dalam air panas macam Ummi selalu buat. 'Tersyasul' jugalah mula tu, pi jerang ayaq panaih, nak celoq bihun. Mujoq tengok balik resepi 😅

Asalnya Ummi nak share resepinya tapi tadi Ummi baca di Keluarga 
teguran seorang pakar pemakanan (dietician) tentang penggunaan dan pengambilan gula berlebihan. Ikut WHO, dalam satu hari, kita dicadangkan untuk ambil tidak lebih dari 2 s/t gula sahaja. Ummi try resepi ni minggu lepas, tak boleh undo dah. Tapi, yang belum cuba, sempat lagi nak cancel. Jadi, resepi yang Ummi ada ni, biar Ummi simpan je. Tapi, kalau teringin juga nak try (degil ni, babab kan :p), Google je. 

Bagi Ummi sedap sangat bihun ni. Dulu-dulu makan bihun kosong macam ni lah... Nak kata manis sangat, tidaklah. Secukup rasa je. Mungkin boleh letak sayur untuk menambah khasiat. Gula tu pun boleh je kurangkan lagi. Apapun, keputusan di tangan anda. Tiberrrr 😂

Ini bihun viral tu versi Maklong. 

Selamat berhujung minggu. 




9 comments:

  1. Walaupun dah nampak benda ni banyak hari, tapi bila PH post, rasa macam nak buat esok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa...
      Baca sini tiber rasa nak cuba...hihihi

      Delete
    2. Sila...sila :P
      Kalau sakit, cari Doc tau, jangan cari PH haha...

      Delete
  2. Bila kata resepi tok tok tu keinginan tu membuak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sambil-sambil nak cuba dapat juga imbas kenangan hihi...

      Delete
  3. resepi org dulu2 mmg sedap!
    aishh rs nk mkn jgk bihun 12sudu kecik gula ni.. hihi

    ReplyDelete
  4. Resipi orang lama lama memang tak pernah failed rasa sedap dia. Kita nak buat pun kurang menjadi. Kena air tangan mereka jugak buat kan. Tak cuba lagi resipi viral ni. Mula tu terus terfikir 12 sudu gula. Rupanya sudu teh. Fuhhhh...

    ReplyDelete
  5. Mungkin bihun rasa kosong jadi lwmetak 12 susu teh memadai.
    Hehe unik juga bahannya.

    ReplyDelete