Wednesday 22 September 2021

Angah ~ PPT 2021

PPT atau Peperiksaan Pertengahan Tahun secara maya bermula pada 6 Sept untuk Angah. Tangguh lama juga, sepatutnya bulan 7. Manakala Abang pula dah selesai PPT bulan 7 hari tu. Exam Abang sebelah malam sebab cikgu nak semua participate dan parents boleh monitor kehadiran anak-anak. 

Untuk anak-anak sekolah rendah ni tak tahu nak cakaplah how they sit for the exam :( Jawab exam macam jawab kuiz je 😬 Cikgu bagi masa sejam, tak sampai 1/2 jam pakat tekan butang submit dah! Budak-budak ni pulak bila nampak sorang dah left meeting, pakat nak left belaka. Tapi, Ummi suruh juga Angah stay at least 45 minutes ke, semak semula jawapan tapi itulah, ramai submit awal. Nak tunggu apalagi dia pun :D Ada sekali tu tinggal 3 orang je dalam Meet tu,; Angah, Adam dengan Cikgu. Adam tu masuk lambat sebab line internet problem. Angah pula sebab Ummi tak bagi submit awal sangat. Lurus anak Ummi ni 🥰 

Mekanisme peperiksaan pula ialah semua murid dikehendaki join Google Meet kemudian diberi link untuk jawab soalan dalam Google Form. Google Meet tu wajib buka camera jadi cikgu boleh monitor murid-murid. Kena jujurlah sebab cikgu tengok dari jauh je haha... 

Angah Ummi set tempat exam di beranda supaya kurang gangguan dan lebih privacy.

PPT Day 1 ~ BM & PI

PPT Day 2 ~ BI & BA (KSSR)

PPT Day 3 ~ Math & PJPK

PPT Day 4 ~ Sains & Sejarah dan Day 5 ~ RBT. 

Lepas cuti sekolah, sambung untuk subjek KAFA pula. Jadi, semalam setel semua subjek. Alhamdulillah. Tunggu je lah keputusannya. 

Berbanding Abang, Ummi lebih rileks. Kalau dulu Abang nak exam, Ummi yang stress haha... Selain pengalaman, rasanya sebab exam online, feeling tu lain. Jawab je lah nak ooi... Soalan pun objektif semuanya. Takdelah nak kena buat karangan ke, ulasan ke... 

Nak push sangat pun, susah juga sebab depa PdPR. Tahu sajalah, takde face to face,  entah faham entah tidak cikgu mengajar pun tak pastilah. Kadang tu masa kelas bersembang dengan Adik Kakak, main kucing, berbaring, merayau baca blog Ummi 😇...  Itulah cabaran yang sering membuatkan mak-mak jadi hijau haha....





6 comments:

  1. Mencabar persekolahan anak anak zaman pandemik ni. Memang risau kalau anak anak tak dapat belajar dengan baik. Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan PdpR. Aaminnn...

    ReplyDelete
  2. Hehe sedangkan di kelas pun kadang-kadang susah hendak fokus, inikan pula di rumah.
    Haha jawab periksa begitu juga. Tengok seorang dah hantar, kita pun hendak ikut kalau sudah siap.

    ReplyDelete
  3. Eh ok pulak… boleh komen. Entahlah apa nak jadi dengan budak budak 2 tahun ni kan PH… risau nengoknya . Nasiblah anak dah tak de yg sekolah hihi … lega

    ReplyDelete
  4. Anak ammi sebelum PPT dia santai2 je baca buku ala kadar. Ammi kata make sure markah capai apa yg ammi tetapkan. Ingat PPT dari rumah ni boleh tengok buku ke?

    ReplyDelete
  5. Semoga dimudahkan urusan angah dan yang lainnnya.
    Alhamduah,mostly dah dapat biasakan diri dengan norma baharu..

    ReplyDelete