Friday 23 April 2021

Angah ~ Kangaroo Math Competition 2021

Alhamdulillah berlangsung sudah KMC bagi tahun 2021 secara dalam talian. Kali pertama Angah joined this competition. Angah dah T4 jadi kena start kumpul markah untuk PAJSK. Dari pengalaman Abang, berguna juga sijil KMC ni sebab ianya international competition. KPM pun recognized pertandingan ni. 

Credit organizer.

Since pertandingan ni dibuat secara online, terpulang kepada peserta untuk buat bila dalam masa 2 hari yang diperuntukkan iaitu 20/4 & 21/4. Pertandingan dibuka dari jam 10 pg - 10 mlm. Masa menjawab 75 minit. Jawab sekali sahaja. Yuran berkumpulan RM 31.50 (early bird).  Alhamdulillah penyertaan murid SRAI tahun ni 64 orang. Semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tahun lepas Abang joined. Masa tu buat di PPAS Gombak. 

Sebelum berbuka semalam Angah buat... Adoi susah soalannya. KMC ni bukan sekadar nak test kemahiran Math tapi problem solving, thinking skill serta IQ test sekali. 

Ini contoh soalannya...

Camne nak solve?

Ambiklah cawan! 😂😂😂

Mujurlah soalannya objektif, bolehlah tembak-tembak 🤭 

Untuk Angah ni lebih kepada exposure. Abang dulu mula dengan Kancil Science Competition (KSC), tapi untuk Angah Ummi signed up for KMC dulu. Kakak nanti boleh try Beaver Computational Thinking Competition pulak kot. 

Oklah selesai dah KMC untuk Angah. Turn Abang cuti sekolah nanti. Moga dipermudahkan. 


3 comments:

  1. Bagus tu untuk collect point PAJSK.. all the best angah.. sains cilik join x?

    ReplyDelete
  2. anak saya pun nak join juga, tak tahu la berapa markah dia dapat nanti hehe

    ReplyDelete