Thursday, 8 April 2021

Orang Memberi Kita Merasa #4

Tauhu ni Bibik Aisyah bagi minggu lepas. Ummi ingat Bibik yang buat sebab dia kata "Baru buat ni Kak. ."... Rupanya jiran kebun mereka yang buat, pengusaha tauhu. 


Banyak ketul tauhu ni. Memang tak habis kalau Ummi nak makan sorang. Walid & anak4 tak makan. Jadi, Ummi buatlah tauhu sumbat, panjangkan sedekah...

Buah tembikai ni dari Kak Farah. Tanam sendiri... Memang teruja Ummi nak rasa sebab jarang orang tanam sendiri tembikai. Biasanya ditanam untuk tujuan komersil. 

Tembikai Kak Farah tanam ni pun grow by chance. Campak biji tumbuh pula... Sudahlah tumbuh, berbuah pula. 

Tembikai ni kecil je, sebesar buah sukun camtu je. Tapi rasanya manis. 

Mel & adik dia attended a wedding. Bawa balik goodies untuk Kakak & Adik. 

Rindu nak makan kenduri kan?

Pisang tanduk dari Mama Aisyah. Buat pisang gorenglah apalagi kan...

Daging masak lemak...dari Kak Leha. Sedap, cukup lemaknya, pedasnya 😋

Keropok lekor pun Kak Leha bagi. Cucur jagung Ummi buat tapi jagungnya Mama  Aisyah bagi. Depakan petani moden sekarang :D 

Cucur pisang sedap dari As.

Rezeki dari surau. Ada jemaah sedekah makanan alhamdulillah.

Balik Maghrib di surau tadi, Walid bawa balik sehelai kain pelikat. Ada seorang jemaah ni sedekahkan kain pelikat. Khabarnya cucu pakcik ni yang baru berusia 6 bulan to undergo an operation. Moga dipermudahkan segala urusan mereka dan diberi syifa buat bayi ni aamin 🤲🤲🤲

Cantik kainnya. Kalau tak silap Ummi harganya pun boleh tahan juga, berpadanan dengan kualitinya. 

الحمد لله على كل حال

2 comments:

  1. Wah kain pelikat jenama Mangga.
    Moga urusan pembedahan bagi 6 bulan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. wah.... murah rezeki... semuanya sedap di kala lapar ni... hehehe

    ReplyDelete