Friday, 18 September 2020

Kangaroo Math Competition 2020


Tahun ni Abang dan rakan-rakan yang joined Kangaroo Math Competition (KMC) telah berkumpul di PPAS Gombak untuk pertandingan ni. Ini kali pertama Abang joined KMC. Last year Abang joined Kancil Science Competition (KSC), organizer yang sama juga. KMC dan KSC adalah peperiksaan terbuka bertaraf antarabangsa yang disertai oleh murid-murid seluruh dunia. Kalau di negara kita, pertandingan-pertandingan ni mendapat sokongan dan pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tak silap Ummi boleh claim 10 markah untuk PAJSK. Yuran penyertaan ialah RM35 untuk berkumpulan dan RM45 untuk individu. Seperti tahun lepas, Cik Ita masih sudi in-charge pertandingan ni. Senang bila ada PIC. Tambahan pula pertandingan tahun ni ditunda beberapa kali disebabkan Covid-19 dan PKP.  Mujur Cik Ita always kept us updated. Tqsm Cik Ita Kancil 💐💐💐. Nak bezakan dengan Cik Ita Fun Run, budak-budak ni panggil Cik Ita Kancil :)

Boleh cek website Kancil untuk info. Ada beberapa pertandingan lagi yang dianjurkan berkisar pada math, science & IT. Baca sini: KSC 2019

Sebelum exam, makan dulu. Makanan Cik Ita juga uruskan. Ada juga parent sponsored air mineral dan roti untuk anak-anak. Alhamdulillah.

Ikut SD rules. Satu meja 2 orang sahaja.

Sementara tunggu Abang habis exam, Ummi lepak dengan Adik di kids room. Berborak tentang masa depan anak-anak dengan Aunty Shaz, yang melayan Afaq main. 

Alhamdulillah selesai satu. Result belum keluar.

Next week KSC pula. Tapi KSC ni online, di rumah masing-masing. Doakan Abang ye 🤗

10 comments: