Wednesday, 7 April 2021

Abang ~ Bermula Sebuah Perjuangan ๐Ÿ’š

Alhamdulillah semalam 6/4 Abang dah selamat mendaftar sekolah dan asrama. Semuanya urus sendiri. Hanya murid boleh masuk ke dewan manakala ibu ayah diminta tunggu sahaja di dalam kenderaan. Lepas 10-15 minit Abang datang ke kereta bersama 2 orang abang senior untuk ambil barang bawa ke asrama. Salam, peluk, cium Abang, dia melangkah pergi ke asrama bersama abang2 PRS berdua tu. Walaupun berat hati, terpaksa akur dengan SOP yang telah ditetapkan. 

"Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi
Namun sempat jua kau menoleh ku disini " 

Sebab dah dimaklumkan awal prosedur pendaftaran begini, jadi sebelum masuk ke sekolah tadi Ummi dah siap bagi amanat dekat Abang. Dah peluk cium puas-puas hihi... 

Adik pun dah nangis siap-siap dalam kereta ๐Ÿ˜…

Sebelum ke sekolah Abang, hantar Angah dan Kakak ke sekolah dulu. 

Semalam memang tak senang duduk Ummi. Asyik teringร t Abang je... Hari ni dia called kata semuanya ok. Lega Ummi dengar. Guru kelas Abang pun ada share gambar anak-anak jadi tahulah juga perkembangannya sikit sebanyak. Alhamdulillah tenang sikit hati Ummi. 

Update hari ni dari Ustaz...

Dah jadi ketua kelas, alhamdulillah. Nampak gaya oklah tu ☺️

Ummi pun dah move on :
Hari ni kemas bilik Abang, basuh cadar, selimut semua... Tukar susun atur bilik juga bagi nampak fresh. Sebab Ummi sedih  kalau tengok katil dia sedangkan orangnya takde :(

Apapun mohon doakan dipermudahkan segala urusan Abang. Moga niat untuk menjadi al-hafiz diperkenankan-Nya. 


3 comments:

  1. Oh lagilah salah seorang tidak boleh teman ke dewan.
    Amin moga diperkenankan-Nya menjadi tahfiz.

    ReplyDelete
  2. Allah.. sayu hati bila tgok anak melangkah masuk asrama.mak2 yg sedih. semoga abg berjaya dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  3. baca pun sedih... x sanggup nk berpisah dgn anak² pasni.. thn dpn si sulung sy form 1... mcm xde bunyi lg nk mintak skolah asrama... dh la anak perenpuan tunggal... hmm

    ReplyDelete