Monday, 12 April 2021

Ramadhan Kareem!

Credit source.

Alhamdulillah diberi rezeki oleh-Nya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia. انشاء الله esok 13/4 (Selasa) kita akan mula berpuasa. 

Antara pesanan Ustaz Khairul Anuar dalam ceramahnya baru-baru ini untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik adalah; 
1. Kurangkan makan supaya badan ringan untuk solat. Teguran deep Ustaz "takkan saban tahun asyik terawih 8 rakaat ja" :p
2. Jangan kejar (fadhilat) Ramadhan sorang-sorang. Ajak anak isteri/suami lakukan ibadah seperti qiyam bersama-sama supaya kita lebih bersemangat 
3. Perbanyakkan sedekah sebab Nabi SAW rajin bersedekah tapi pada bulan Ramadhan Baginda paling banyak bersedekah.

Tambahan dari kawan Ummi, Ustzh Ziana...sediakan list penerima samada individu atau organisasi untuk kita bagi sumbangan. Setiap hari sediakan certain amount dan sedekahlah secara bersemuka atau online. Contohnya ada kawan/kenalan yang perlukan duit untuk rawatan perubatan, hilang pekerjaan, ambillah berkat Ramadhan untuk kita hulurkan sumbangan. Begitu juga surau, masjid, sekolah dsbnya yang perlukan dana, kita hulurkan sumbangan seikhlasnya. Jangan diukur pada nilai duit, tapi ikut sekadar kemampuan kita. 

Baru-baru ni alumni uni Ummi buat collection untuk seorang sahabat yang nak operate...sekejap sahaja dapat collect >RM 20k. Alhamdulillah dapat bantu kos rawatan beliau. 

Selamat berpuasa semua!
Ampun maaf dari Ummi andai ada tersilap kata, tersalah bahasa dengan kalian.

Jangan lupa niat puasa 🤗

10 comments:

  1. selamat berpuasa Puan Hazel.
    semoga Ramadan kita diisi dengan pengisian yang baik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita gandakan ibadah di bulan mulia ni. Moga amalan Kita diterima aamin

      Delete
  2. Insya Allah akan buat. Terima kasih kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Kareem kak..Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga semua amal kita diterima Allah serta mendapat keberkatan & keredhaanNya. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akram!
      Selamat berpuasa buat Ily sekeluarga 🤗

      Delete
  4. salam Ramadan Kareem PH selamat berpuasa dari kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat Kak Ana sekeluarga juga 🤗

      Delete
  5. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete