Tuesday, 15 December 2020

GIBS Ecotourism Resort, Sg Tua ~ Weekend Getaway

Asalnya sekadar nak bawak kids mandi sungai. Konon nak singgah je mana-mana resort tepi sungai area Sungai Tua (Hulu Yam). Bawak baju spare sorang sepasang dan tuala . Lepas Zohor baru keluar rumah pun.. Mujurlah dekat, lepas mandi se-round, balik rumah semula ambil baju, nasi ayam campak-campak dan kelengkapan lain. 

Tapi, private places macam ni takde konsep tumpang-tumpang mandi haha... 

Kata pak guard,  ada chalet yang kosong kalau nak sewa. Chalet di sini semuanya berkonsepkan kontena. Excited juga nak rasa pengalaman tidur dalam kontena. Padahal sebelum sampai sini Ummi reject satu tempat ni sebab chalet yang tinggal hanya chalet kontena. Dah sampai di GIBS ni tukar fikiran pula. Lagipun kesian pula tengok anak-anak dah excited nak mandi sungai.


Inilah chaletnya... 

Lengkap dengan aircond, TV dan bilik air serta 2 katil single. Very basic. Channels TV pun ada few options je. TV1, TV3 pun tak dapat 🀭 Tak kisah pun sebab tidur semalam je. Lagipun bukan nak tengok TV sangat, asal berbunyi je TV tu :D 

Cuma, kalau nak menginap di sini Ummi cadangkan bawalah selimut, kettle, toiletries, extension wire... Semua ni tak disediakan di sini. Kami siap bawa kain alas kaki haha... Rimas basah-basah dan berpasir bila naik dari sungai. Tapi, penyapu dan penyodok disediakan di setiap unit. 

Kat luar ada balkoni. Bolehlah anak-anak 'bersidai' tengok sungai.

Chalet kami atas bukit, bukan tepi sungai. Tapi OK juga sebab lebih privacy. 

Sungai bersih... Banyak port menarik untuk mandi dan lepak. Tapi, kalau hujan please jangan mandi, takut arus deras. Ada few cases 'kepala air' di sungai-sungai di Hulu Selangor ni kalau tak silap Ummi. Berhati-hati, Insha Allah selamat. 

Suasana di sini sangat nyaman. Lepas tu hujan pulak... Allah, memang seronok bersantai. Tapi, sejuk-sejuk pun terjun sungai jugak. 

Kabus tu 😍

Cantik pokok ni, macam pokok limau kasturi. Tapi, warna daun dan buahnya hijau-kuning. Lawa 😍

Setahu Ummi, tak dibenarkan memasak di chalet tapi Ummi tengok ada je guests yang memasak di balkoni. Maybe depa request ke tak pastilah. Tapi, kalau nak BBQ ada tempatnya, boleh request. 

Harga sewa facilities di GIBS:
Chalet (day use) - RM100 
Chalet (overnight) - RM150
Wakaf (day use) - RM30
Wakaf (overnight) - RM60
Camping; 
Sewa tapak & khemah GIBS - RM40
Sewa tapak (khemah sendiri) - RM15 

Setiap wakaf ada lampu, plug points dan ada tirai, jadi privacy terjaga. Ummi tengok ada beberapa keluarga yang sewa wakaf dan berkhemah sekali. Next time boleh kami cuba. Tempat ni selamat sebab berpagar dan ada security guards jaga dekat main entrance. Public toilets dan cafe pun ada. 

Alhamdulillah satu percutian singkat yang sangat menarik. 

GIBS Ecotourism Resort 
Lot 36837, Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, 
68100 Batu Caves 
Selangor Darul Ehsan 
No tel: 019 588 0838



5 comments:

  1. Menarik juga chalet kontena.

    ReplyDelete
  2. ada pernah lalu kat sini nampak lah sign board GIBS ni, menarik juga PH pengalaman bermalam dalam kontena ye :)

    ReplyDelete
  3. Menarik, teringin nak tidur dalam kontena cam tu

    ReplyDelete
  4. puas nyaa dapt mandi sungai.. dok plan dgn spupu
    tapi x pegi2 haa.. masing2 trperangkap PKP..

    ReplyDelete
  5. Bestnya mandi air sungai. Berendam lama lama syok ni. Tak pernah lagi tidur dalam kontena. best juga sekali sekala cuba pengalaman baru.

    ReplyDelete