Monday 7 December 2020

Abang ~ Temuduga SMALQ, Tangkak, JDT

Ahad, 6 Disember 2020 Abang telah ditemuduga secara maya oleh guru dari Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran (SMALQ) sebagai prosedur pemilihan ke tingkatan satu sekolah tersebut. SMALQ ni berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).


Sebelum ni tak terfikir pun nak apply SABK di luar Selangor tapi tergerak hati untuk mohon SMALQ ni. Mungkin sebab proses permohonan sangat mudah, hanya isi borang melalui Google Form. Esok tarikh tutup, malam baru isi. Alhamdulillah Abang terpilih untuk iv. 

Beberapa hari sebelum tu Ummi dan Abang sama-sama joined online briefing dari pihak sekolah. Banyak input yang Ummi dapat antaranya;
1. Kokurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang digunapakai oleh mana-mana sekolah memberi tumpuan kepada subjek Bahasa Arab. Hafazan tidak dititikberatkan tetapi ada surah-surah tertentu yang perlu dihafal. Namun, jika pelajar punya daya ingatan yang kuat, guru-guru sudi membantu untuk menghafal, 
2. Jika berhajat untuk menyambung study di Timur Tengah, SABK adalah laluannya kata Mudir (Pengetua) sekolah. Pelajar yang layak akan ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selepas SPM. Jika lulus STAM bolehlah memohon untuk ke Timur Tengah. 

Barulah jelas sikit perbezaan antara KBD dan KBT (Korikulum Bersepadu Tahfiz). 

Soalan, surah, doa dan format iv semua diberitahu awal untuk persediaan calon. 

Ini interview (iv) pertama Abang jadi Ummi sangat nervous 😅 Abang relax & confident je. 

Sebak tengok gambar ni...Abang dah nampak keremajaannya. Dah besar anak Ummi 🤗 


Ramai yang puji Abang segak, kemas. Sebenarnya ada beberapa sebab Ummi suruh Abang pakai uniform sekolah; 
1. Nak create feel untuk dia lebih serius dan bersungguh-sungguh, 
2. Properly dressed sebab iv is a formal matter. Kalau iv MRSM atau SBP memang kena pakai uniform jadi untuk SMALQ ni pun sama juga pada pendapat Ummi, 
3. Effort & first impression to get extra points, hopefully

Alhamdulillah semuanya lancar kelmarin. Ini baru permulaan. Banyak lagi iv & tests Abang perlu tempuh. This is the downside of the cancellation of UPSR this year. The coming months would be tough for us. PKSK is rescheduled in January while UKKM still no news. SABK Selangor dan SMISTA pun belum tahu lagi statusnya. Moga dipermudahkan segala urusan aamiin.

11 comments:

  1. Memang abang nampak segak sungguh! All the best abang.

    ReplyDelete
  2. Berdebar ya kalau kena temuduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, rama-rama berterbangan dalam perut haha

      Delete
  3. Alhamdulillah, semoga abang dipermudahkan urusannya nanti

    ReplyDelete
  4. Moga lulus cemerlang dapat peluang masuk sini ya.
    Segak.

    ReplyDelete
  5. Semoga abang berjaya masuk ke sini

    ReplyDelete
  6. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete
  7. Bagus tu pakai proper uniform dan kemas. Semoga berjaya masuk SMALQ Tangkak. Aaminnn

    ReplyDelete