Wednesday 9 December 2020

Resepi ~ Nasi Goreng Mamak Style

Sedap juga nasi goreng biasa di kedai mamak berhampiran rumah ni. Kalau malas nak masak bolehlah beli di sini. Pantas betul service-nya. Ummi belum habis beli barang di Speedmart, Walid dah datang semula dengan 2 bungkus nasi goreng di tangan. Ke Ummi yang lama sangat shopping :D 

Pagi tadi ada baki 1/2 bungkus. Memang berebutlah nanti. Jadi, nasi sejuk Ummi goreng dulu, mamak style then campurkan baki nasi goreng dari kedai tu. Dapat seorang sepinggan untuk sarapan. 


Resepi ~ Nasi Goreng Mamak Style 
Sumber: Puan Hazel 

Bahan-bahan 
Nasi sejuk
Bawang besar - didadu 
Bawang putih - diketuk 
Cili padi - dihiris 
Carrot - dipotong 
1 biji telur 
1 peket perencah mee segera perisa kari
Minyak untuk menumis 

# Kuantiti bahan agak-agaklah ye, ikut kuantiti nasi. Sayur kalau lagi banyak jenis; sawi, kobis lagi sedap. 

Cara-cara 
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. 
2. Masukkan carrot dan cili yang sudah dipotong. Biarkan hingga carrot agak lembut. 
3. Masukkan perencah mee segera perisa kari. Gaul sebati. Jika perlu masukkan sedikit air. 
4. Masukkan telur dan kacau sebati. 

5.Bila telur sedikit keras, masukkan nasi. Gaul sebati. 
6. Perisakan dengan garam jika perlu (sebab perencah mee segera dah masin). Siap! 

Jangan lupa ketuk sudip dekat kuali. Kting.... Kting... Kting... Berderulah kanak-kanak riang tu terpa dapur haha.... 

Warnanya kemerahan sikit tapi tak cukup cahaya, ginilah. Pukul 6.45, matahari pun tak keluaq lagi :D 

Lawan dengan teh O panas. Fuhh 😋

Bekal untuk cik abang hari ni... Minggu lepas beliau merayap ke The Chicken Rice Shop for lunch. Jadi, Ummi pun resume duty sediakan bekal. Lebih selamat dalam situasi semasa (pandemik Covid-19) ni. 




7 comments:

  1. Nasi goreng memang sedap!Lagilah kalau bunyi ting ting memanggil tu hehehe!

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh Cuba banyak nasi lebihan dalam peti ais.

    ReplyDelete
  3. Oh guna peket serbuk kari megi yang berbeza dengan resipi nasi goreng biasa.

    ReplyDelete
  4. nasi goreng ni selalunya jarang x sedap kan..
    campak2 pun akan jadi jugala kot mana pun. hehe..

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  6. Nasi goreng simple yang sedap. Bagus tu bawa bekal. Boleh jimat dan terjamin kebersihan. Kesihatan pun terjaga :)

    ReplyDelete