Wednesday 16 December 2020

Cendol Pak Samat, Kuala Kubu Bharu

Selepas check out dari GIBS Ecotourism Resort, kami terus menghala ke Kuala Kubu Bharu (KKB),, kira-kira 30km dari situ. Hajatnya nak makan asam pedas yang dikatakan terkenal ada dijual di Dataran KKB. Malangnya satu kedai pun tak dibuka di medan selera tersebut, padahal jam sudah melepasi 11.30 pagi.

Terus kami menghala ke pekan KKB. Berhadapan Masjid Jamek Al Rahimah, nampak sebuah kedai makan yang punya parkir yang luas. Terus kami singgah. Nama kedainya Cendol Pak Samat. 


Menarik menu yang disediakan oleh kedai ni. Persekitaran kedai juga bersih dan selesa. Pilihan makanan yang disediakan ialah 'ala carte', ready made spt nasi ayam, nasi lemak dan nasi set (nasi putih + ikan/daging salai/ itik masak lemak + ulam) serta pelbagai jenis minuman. Semestinya ada pelbagai jenis cendol. Ada juga jualan goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih di pintu masuk kedai.



Konsep layan diri. Kita order, bayar,  diberi nombor giliran pesanan dan tunggulah hingga pesanan siap. Macamana nak tahu pesanan dah siap? Sentiasa pandang papan nombor giliran yang disediakan. Ala, macam pergi bank tu... Tunggu nombor naik baru ke kaunter ambil makanan atau minuman yang dipesan. 

Service sangat pantas. Walaupun kami order 4 pinggan nasi goreng pelbagai jenis dan nasi ayam, semuanya siap hampir serentak. Tidaklah sorang dah dapat makan, sorang lagi pesanannya belum sampai.

Mestilah wajib cuba cendolnya. Sedap! Sedang elok rasa manisnya, Ummi suka. Cendol biasa ni harganya RM2.50 semangkuk. 

Nasi ayam pilihan Ummi. Kongsi dengan Adik. 

Nasi goreng cili padi ni pilihan Kakak. Angah dah makan separuh pinggan baru perasan, depa dua tertukar nasi haha... 
Jumlah keseluruhan RM46. 70 untuk 4 pinggan nasi goreng, 1 set nasi ayam, 2 mangkuk cendol, 3 gelas teh O ais, 1 gelas Milo ais dan 2 gelas air suam. Bagi Ummi harganya berpatutan dengan rasanya, portion-nya, service dan ambience kedai yang bersih selesa. Kedai ni juga patuh SOP norma baharu. Tak sesak dan ada penjarakan sosial yang buat kita rasa selesa tanpa perlu bersentuhan atau bersesak dengan pelanggan lain. 

Sedap, memuaskan dan portion mengenyangkan dengan harga yang berbaloi. Service pantas dan para pekerja semuanya efficient. Kawasan parkir pun luas, usah risau. Highly recommended untuk yang datang ke KKB.

Cendol Pak Samat
Pusat Aktiviti Masjid Ar-Rahimah
Jalan Pahang 
44000 Kuala Kubu Bharu 
Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 016 280 7247



4 comments:

  1. nampak sedap makanan2 tu semua.. tengh2 hari pekena cendol
    memang ngamm ho.. dulu penah juga ke KKB beberapa kali sbb practical area sana.. dok cari makan situ la..

    ReplyDelete
  2. Kedai luas dan banyak menu sememangnya pilihan ramai seisi keluarga. sedapnya cendol. Semua guna bekas plastik pakai buang ye kak?

    ReplyDelete
  3. Banyak menu boleh pilih dan datang lagi.
    Penting kalau sedap dan pantas.

    ReplyDelete
  4. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete