Friday 25 December 2020

SRAI* Dalam Kenangan I


Isnin, 21 Disember 2020 Ummi bawa Abang ke sekolahnya, SRAI* untuk pulangkan buku teks. Sekolah buka sehingga 23 Disember saja. Itupun untuk murid t6 sahaja. 
Teruja sebab hampir 2 bulan tidak bersua dengan guru-guru dan rakan-rakan sejak PKPB di Lembah Klang Oktober lepas. Sedih pun ada juga sebab hari terakhir ke sekolah rendah :( Lepas ni kalau datang ke sekolah pun sebagai bekas pelajar... 

Check point pertama. Kena lepas GB dulu haha...  Alhamdulillah takde tunggakan. Dapat refund lagi untuk Program Kecemerlangan UPSR & PSRA dan yuran kelas tambahan UPSR & PSRA yang sempat dijalankan sekitar 3 bulan sahaja. 

Sebagai tanda perpisahan dan terima kasih kami juga sediakan cenderahati untuk guru-guru. Tapi, tak ramai guru yang hadir; hanya pentadbir sekolah, guru-guru T6, guru SPBT dan kakitangan sokongan. Jadi, cenderahati yang tak dapat diagihkan kami serahkan kepada kerani sekolah untuk diberikan kepada guru-guru.


Lama juga di sekolah sebab Abang nak lepak, borak-borak kejap dengan kawan-kawan. Pakat main game pulak tu. Ummi pun sama, jumpa geng... Lepas ni tak jumpa dah Cik Ayu, Cik Rena & Cik Mala. Anak masing-masing dah takde bersekolah di situ.

Geng 6 Intelek. 


Beza saiz Abang & Haziq 😅


Gelagat anak-anak awal remaja 




Bersama Dalili, rakan dari Pasti hingga ke SRAI 


Ada rezeki Fakhry dapat masuk KYS 💪


Cenderahati dari guru-guru kelas... 


Sayang cikgu ❤️


Alhamdulillah selesai satu bab. 

4 comments:

  1. Wah dapat hadiah al-Quran.

    ReplyDelete
  2. memang terkesan pelajar2 ni sbb nxt year form1 dha..
    selalunya ujung tahun T6 akan ada makan2 dgn kwn2 n cg.. ni x dpt say goodbye kt cg scara proper. xpe nnt bebila pergi visit cg2 =)

    ReplyDelete
  3. Seronok abang jumpa kawan kawan. Rezeki cikgu cikgu dapat cenderahati dari murid. Alhamdulillah settle satu bab dah :)

    ReplyDelete