Monday, 14 December 2020

Resepi ~ Nasi Ayam Campak-Campak by Superdaddy

Nasi ayam yang dikongsikan resepinya oleh seorang daddy ni sebenarnya hampir sama dengan nasi ayam versi arwah Tok. Beginilah cara kami menikmati nasi ayam sekali sekala di zaman kanak-kanak dulu. 

Arwah Tok akan menanak nasi bersama ayam hingga, masak. Kemudian arwah akan sediakan air asam sebagai pelengkap hidangan. Simple yet super delicious. Bila dah dewasa, dah kenal Arab cuisine, baru sedar nasi ayam Tok ni ala-ala nasi arab minus all the rempah & everything. 

Walaubagaimanapun resepi yang dikongsikan oleh Sdr Khairul Abdullah ini dimasukkan sekali ubi kentang dan carrot sebagai pelengkap nutrisi. 


Resepi: Nasi Ayam Campak-Campak by Superdaddy 
Sumber: KELUARGA
Credit: Superdaddy Khairul Abdullah

Bahan-bahan 
2 pot beras - basuh dan toskan
5-6 ketul ayam - bersihkan
3 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris 
1 inci halia - dihiris (Ummi ketuk)
Kulit kayu manis 
Bunga lawang
Buah pelaga (Ummi tambah)
Daun pandan - disimpul 
1 kiub pati ayam 
Kentang - dibaji
Carrot - dibaji 
Air secukupnya 
Garam
Minyak untuk menumis 

Seperti biasa, Ummi gunakan Noxxa Pressure Cooker. Jadi, Ummi kongsikan cara memasak menggunakan periuk Noxxa. Untuk cara biasa (rice cooker), boleh ke link yang Ummi kongsikan di atas. 

Cara-cara (Noxxa style) 
1. Set Noxxa PC pada mode stir-fry. 
2. Masukkan sedikit minyak (untuk menumis). 
3. Tumis bawang, halia dan rempah menumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) hingga naik bau. 
4. Masukkan beras dan daun pandan. Gaul sebati. Matikan butang stir-fry. 
5. Susun ayam dan sayur di atas beras. 
6. Masukkan air secukupnya, kiub pati ayam (leraikan/hancurkan) dan garam (jika perlu). 

7. Tutup periuk dan laraskan tombol pada pressure dan tekan butang HP 8x. 
8. Once beep, biar seketika supaya nasi kering elok barulah dibuka penutup periuk. # Pastikan wap dah release terlebih dahulu sebelum membuka periuk. 

Senang masak one pot meal macam ni. Kalau nak bawa berkelah atau bekal perjalanan pun cepat untuk disediakan.

Nak lagi sedap, sediakan air asam untuk cicah ayam tu. 

Air Asam Tok
Cili api
Cili merah
Belacan 
Garam
Bawang merah - dihiris 
Air asam jawa 
Limau nipis/kasturi - jus sahaja 
Tomato - dihiris 

Tumbuk kasar cili, bawang dan belacan bersama garam. Tambah sedikit air, asam jawa dan jus limau. Gaul sebati semua bahan. Lagi sedap picit/gaul dengan tangan, bukan sudu. Sesuaikan rasa. Siap. 


Ummi juga buatkan fish ball soup with enoki mushroom. Sup ni Ummi letak sekali kiub tomyam supaya ada rasa masam-masam sikit pada kuahnya. Taklah muak sangat makan dengan nasi ayam tadi. 

Selamat mencuba! 

6 comments:

  1. Campak2 pun nampak sedap.
    Lain dari versi nasi ayam biasa.

    ReplyDelete
  2. Cara penyediaan nasi ayam yang berbeza daripada biasa.

    ReplyDelete
  3. Cara masak nasi ayam begini memang mudah. First time saya tahu makan nasi ayam dengan Air Asam Tok tu kak. Menarik juga hidangan macam ni :)

    ReplyDelete