Monday 28 December 2020

Nasi Kalut Jitra Mai, Jalan Ampang

Ada 2 sebab kenapa kami hunting Nasi Kalut Jitra ni. Satu sebab review yang diberikan oleh pasangan Azad Jasmin & Eira Syazira 'sangat menyelerakan'. Tau sajalah Azad tu 'kelolo' (kelakar) orangnya. Reason kedua of course sebab ada nama Jitra haha.. "Ada ka kedai nasi kalut ni kat Jitra, B? Tang mana?" Entah, tak besa dengaq nama pun. Jawab Walid, anak jati Jitra haha...Tak kisahlah, janji 'naik nama' Jitra.

Warung Nasi Kalut Jitra Mai ni letaknya berhadapan dengan Yahala Restaurant Jalan Ampang. Tak tau? Hospital Glenneagles tau? Hah, depan tu lah... Ada parking lot besaq seberang jalan tu, di situlah warungnya. Ummi sebut warung sebab ianya bukan kedai yang proper. Just a makeshift tent, macam khemah kenduri. Sanbil makan tu feeling macam makan kenduri juga sebab dah lama tak makan kenduri ahaks!

Pilihan air; sirap, oren, teh o ais dan limau ais. Jangan dok pi gatai minta ayaq laici ka, jus epal ka... Satgi kena hawin dengan nana tu naya ja 😂

Selain nasi kalut, ada juga gerai menjual otak-otak & sata dan jus mangga. Jus mangga ni Ummi recommend, memang padu. 

Nasi kalut ni sebenarnya nasi kuning Kedah style digandingkan bersama kuah campur dan telur rebus. Ini asasnya. Untuk lebih sedap, pilihlah lauk kegemaran masing-masing seperti ayam goreng, sotong, daging, telur ikan dll. Jangan lupa tambah sekali bendi rebus dan telur masin. Padu baq hang! In short, macam nasi kandar juga. Awat nama nasi kalut? Sebab bila nampak lauknya kita jadi kalut nak itu nak ini. Sebab semuanya nampak sedap! 

Lepas tu, masa makan pun kalut juga. Sebab panas lit-lit, dengan pedas kuahnya lagi... Kalut cari ayaq! 

Lauk sotong. 


Lauk ayam. 

Nasi kalut ayam goreng ni sedap sangat. Ayam pun besar. Memang puashati makan. 


Lauk daging. 


Pasembor pun sedap juga. 

Tapi sedap ya amat nasi kalut ni di tekak kami. Terus tak jadi nak pi Penang cari nasi kandaq. Puas hati sangat makan nasi kalut ni. 

Licin 😂

Selain di Jalan Ampang, ada juga kedainya di Shah Alam. Orang Shah Alam pi try test tengok naa... 

Ok, yang best dan mudah makan di sini nasi kalut yang kita order tu dibungkus semuanya walaupun kita nak makan di situ. 

Lepas makan nanti, masukkan bungkusan tu dalam plastik dan terus buang ke dalam tong sampah besar yang disediakan. Pinggan rojak, air minuman semuanya guna bekas plastik pakai buang sahaja. Mudah dan lebih selamat rasanya di musim pandemik ni. 

Sedapkan Adik? Nanti kita repeat 😊





6 comments:

  1. Macam nasi Royale rupanya.

    ReplyDelete
  2. JJCM ye PH..
    Elok licin mkn Tu..
    Soheh sodap tu

    ReplyDelete
  3. kat sini ada menu macam ni panggil nasi royale, nanti ada masa kak ana pii try nasi kalut ni kalau ke ampang hehe :)

    ReplyDelete
  4. Saya tengok Azad Jasmin & Eira Syazira tu makan memang teringin betul. Terlajak laris dan terlajak ramai kedai ni. Ramai artis promote gak

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete