Tuesday 8 December 2020

Life's Little Hiccups

Kata orang, ujian hidup ni umpama garam dalam masakan. Perlu ada untuk menambah rasa. Jika terkurang, hambar. Jika berlebihan, sakit.

Kadang tu semua nampak smooth, tiba-tiba ada sahaja ujian-ujian kecil umpama hiccups (sedu) yang membataskan/membantutkan kelancaran hidup kita atau slow down our life for a while. Itulah yang menjadikan hidup kita ada pattern dan berwarna-warni. 

Dan ujian-ujian kecil ini sebenarnya yang mengingatkan dan menarik kembali kita kepada Allah. Sebab itu bagi orang beriman, ujian itu tanda Allah sayang. 

As life seems so smooth for us lately, tiba-tiba Allah datangkan ujian kecil... 

Ujian Laptop
Abang tengah tuition online, tiba-tiba signal wireless hilang. Godek sana, godek sini tak juga berjaya. Susah juga kalau takde laptop; nak join online class, nak print homework, nak access GC, iLA, nak jawab Quizziz & Kahoot etc semua terhad. Boleh pakai phone tapi kesian pula kat anak-anak. Jenuh nak jegil mata tengok skrin phone. 

Bab printing pula, try juga install apps. Berjaya print direct from phone tapi test page only. Kalau nak print data kita, kena bayaq dulu. Tak ikhlas betul orang yang buat apps tu haha... Udah, takkan mamat tu buat pakai air liur dak? 

3 hari juga laptop Ummi masuk wad. Mula tu depa re-format the lappy, then buat cleansing and finally katanya Wifi card rosak. Setahu Ummi kalau tukar Wifi card mahal dan mungkin kena tunggu stok. That's why solution-nya pakai adapter. Cucuk dekat USB port macam zaman pakai modem dulu. Takpelah janji boleh guna semula WiFi. 

Yang hijau tu lah adapter-nya. 

Kami hantar repair lappy ni UstazPC. Kedai sebelah Celcom Blue Cube Prima Sri Gombak, di tingkat satu. Kos repair termasuk format semula, cleaning dan adapter RM140. Boleh tahan service depa. Anak-anak muda Melayu, bolehlah support. 



Dapat buat ujian untuk rekod PAT, alhamdulillah. 
 
Ujian Astro 
Dok tak dok (baca:tiba-tiba) Astro pulak buat hal. Semua HD channels tak boleh tengok. Suara ada, gambar takde. Baik dengar radio je dak :p Rimas juga sebab most watched channels tak boleh tonton antaranya HGTV & Hits Movies. Mujoq boleh juga tengok drama 'Biarkan Mereka Cemburu'. Best juga Nabila Razali berlakon, comel je. Aiman Hakim memang Ummi suka kalau dia berlakon jadi anak orang kaya, ada style. Maklumlah anak Dato' kan... 

Hari ni technician Astro datang. Pasang ultra box, alhamdulillah OK terus.  Tapi, 'terbang' RM150 huhu... 

Siapa sangka dalam sehari dekat 300 'melayang'. Betullah, yang ada dalam poket kita ni belum tentu rezeki kita. Semuanya hanya pinjaman. Sekelip mata Allah boleh transfer ke poket orang lain. Begitulah aturan rezeki. 

Actually ada lagi satu ujian yang belum berkesudahan, tapi Ummi berserah saja. Moga cepatlah ada solusinya. Sayang pada resources yang terpaksa dibazirkan dan duit yang akan 'melayang' nanti. Apa boleh buat, benda di luar kemampuan Ummi :(




6 comments:

  1. Siaran kegemaran HGTV. Ya Allah suka tengok Property Brothers.
    Aduh banyak melayang duit. Semoga Allah gantikan yang hilang yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Sama kita NA... Hidden Potential & Bathroom Crasher pun best.

    ReplyDelete
  3. Dugaan datang memang bukan satu.
    Jadi berkait kait.
    Bersabar dan tabahlah kita.
    Pasti ada penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  4. Faham sangat pasal the hiccups and bumps in life. Kadang-kadang rasa nak nangis tapi nak diapakan ye. Cuba selesaikan dan jalan terus sebab seperti kata ayah Sae-royi dalam Itaewon Class "ýou finally got it. that's what life is. you can overcome anything as long as you're alive"

    ReplyDelete
  5. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak. kadang ada je ujiannya. Ujian datang tanpa kita jemput dan tak terduga.

    ReplyDelete