Dari Dungun kami terus ke Temerloh. Malam tu kami bermalam di U Design Hotel, booked thru booking.com. Sekadar nak bermalam je, pilihlah hotel paling murah, rm98 je. Ikutkan Walid nak book family room tapi bagi Umi bilik deluxe ni pun dah OK. Asalkan ada proper bilik untuk tidur dan khidmat diri.
Channel TV tak clear. Sakit hati je bukak ๐ |
Toiletries tak disediakan. Sila bawa sendiri ye kalau nak bermalam di sini. |
Reception di tingkat satu. Rezeki staff yang on duty malam tu. Dapat juga rasa keria viral Hj M. Kongsi rezeki dgn dia, panjangkan pahala untuk si pemberi. |
Bilik kami pula di tingkat dua. Lift takde tapi mujurlah barang tak banyak. Rakyat pun ramai, pakat bawak sorang sikit :)
Terlindung pulak hotelnya dek pokok tu. Yang kuning tu confirm lah Mr Diy. |
Yang bestnya hotel ni bersebelahan dengan Mr DIY. Best Mr DIY kat sini, besar dan banyak barang. Lagi besar dari outlet Sri Gombak. Taulah kalau masuk kedai ni memang takdenya keluar tangan kosong je. Padahal bukan tak boleh beli di Gombak :D
Belakang hotel pula Temerloh Mall. Shopping complex yang agak besar. Untuk makan minum, ada kedai mamak satu row dengan hotel ni. Kalau nak ke area food court tepi sungai pun tak jauh dari sini.
Ikutkan lokasi agak strategic cuma sebab hotelnya di tingkat satu dan takde lift pula, kurang markahlah di situ ✌ apapun kami tidoq lena makan tu :D
Ikutkan lokasi agak strategic cuma sebab hotelnya di tingkat satu dan takde lift pula, kurang markahlah di situ ✌ apapun kami tidoq lena makan tu :D
komen aida ni tak berkaitan dgn tajuk tau hi hi hi hi :)
ReplyDelete1 batch ekk? aida memang di Nusaibah tau.
kita kenal ke ekk? aduhai :) excited nyer...
aida ramai jugak member econs.
Kenal tapi jauh :p
ReplyDeleteDah satu mahallah kan, adalah jumpa sana sini. Bila tgk muka Aida kat blog tu saya ingat hehe