Kami memilih menginap di The Regency Waterfront w/pun takde swimming pool kerana terdapat swimming pool di TER Sports Complex yang terletak berhadapan dengan hotel. Sangka kami guests hotel dapat privilege untuk gunakan pool ni. Rupanya tidak. Kami tetap kena bayar admittance fee dan pool ni rupanya public pool.
W/bagaimanapun fee hanya dikenakan untuk mereka yang ingin mandi/masuk kolam. Jika kita hanya menunggu diluar kolam, tiada fee dikenakan. Jadi kami hanya bayar fee untuk anak2. Kami tak berhasrat untuk terjun kolam :)
Bila masuk sahaja ke kawasan pool, Umi tengok ramai sungguh manusia. Cuti umumkan time tu... Ini first time kami masuk public pool, terkejutlah juga tengok ramai sangat orang. Ikut hati nak keluar je tapi kesian pula anak2 dah excited nak terjun kolam.
Kami hanya benarkan anak2 mandi di kolam paling cetek. Takat pinggang Adik je airnya. Kesian Abang pun terpaksalah ikut sama nak jaga adik-adik. Umi pula tercongok tepi kolam, pantau anak2. W/pun airnya cetek tapi crowded. Nak kena pantau betul-betul sebab anak2 tengah excited. Suasana pulak riuh rendah memang tak dengar kalau dipanggil.
Adik kat tepi kolam |
Dah ke tengah kolam dah tu... |
Bayangkan, dalam keadaan dipantau rapi pun Adik hampir lemas. Dah tercungap minum air. Umi jerit barulah Abang sedar. Dia pun tengah seronok main, dengan bising lagi memang dia tak aware Adik dah hampir lemas. Sebenarnya bukan Adik je yang hampir lemas. Sepanjang Umi disitu, ada lagi 3 orang anak2 seusia Adik yang dah 'terminum air'. Ada sorang tu ayah dia siap terjun kolam bila nampak anaknya hampir lemas. Padahal budak tu dipantau oleh ramai orang dewasa; parents, pakcik makcik, nenek dia. Yang second case sampai termuntah-muntah budak tu sebab dah terminum air kolam. Maybe the best option is parent sendiri kena masuk kolam and pegang anak2 yang below 2 years old ni.
Bila dah jadi macam tu cepat2 Umi ajak anak2 naik. Risau juga. Umi pun dah rasa tak sedap hati huhu... Mungkin lepas ni tak pergi dah kot public pool macam ni.
Bilik air dan shower disediakan tapi itulah takde tukang cuci bertugas sebab kotor dan basah je lantai bilik air tu. Shower pun ada yang tak berfungsi. Harapnya pihak pengurusan dapat baiki aspek kebersihan tempat ni. Iyelah, yang guna kolam tu pun masuk berbayar. Elok kiranya duit kutipan tu diperuntukkan untuk kebersihan dan penyelenggaraan tempat ni. Mungkin boleh hire juga life guard untuk pantau pengguna kolam supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini.
Selain swimming pool ada lagi kemudahan yang disediakan di sports complex ni.
Diharapkan pihak TER dapat mempertingkatkan tahap keselamatan, kebersihan dan keceriaan kompleks ni. Sebab facilities semua dah ada, tinggal lagi nak maintain je. Sayang kalau tak dijaga elok-elok.
yela perlu up service dia.. keselamatan pengunjung lebih utama kan
ReplyDeleteBetul tu. Bab keselamatan tu yang paling penting.
DeleteMenariknya, mandi manda, air cetek tak rasa risau sangat kan tp masih berjaga2...ye bagus info bab keselamatan dan perkhidmatan, dari semasa ke semasa perlu tambah baik...baru rasa dilindungi hak hak pengguna...puan hazel sihat?
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat juju :)
Delete