Saturday, 15 September 2018

Dungun ~ Minum Petang Bersama Hj M.


Menanti kami di Dungun ialah Hj M, yang kami kenali sewaktu sama-sama memikul amanah sebagai Sahabat TH sewaktu di tanah suci. Di Mina, Walid dan Hj M bersama beberapa sahabat lain ditempatkan di khemah khusus untuk Sahabat TH. Disitulah mereka mula menjalin ukhuwah. Ini kali pertama kami bertemu selepas 4 tahun...

Indah, tenang, mendamaikan. 

Kami dibawa oleh Hj M ke tepi pantai untuk "mengeteh" sambil mengambil angin petang. Nun di seberang jalan ternampaklah ombak memukul pantai. Tapi masa sangat suntuk untuk kami ke pantai jadi hanya berborak sambil mengunyah makanan yang terhidang. Murah sungguh hati Hj M, pelbagai makanan yang diorder untuk kami. Terharu dan tersentuh hati Umi dengan kebaikan Hj M. Moga Allah murahkan juga rezeki untuk beliau sekeluarga.. Aamiin.

Hj M ni muda lagi orangnya. Rasanya lebih muda dari Umi Walid. Guru sekolah tahfiz. Bila ada masa lapang, rajin ke laut, memancing. Time dapat ikan, selalu juga dia post gambar dalam group wasap :D Kadang tu timbul juga keinginan nak join Hj M memancing di laut atau mencandat sotong  hikhik... Entah bila tu tak tahulah :( 

Tengoklah apa yang Hj M jamu kami... Memandangkan kami late lunch di Marang tadi, perut masih kenyang. W/pun sedap dan menggoda, perut tetap kata "NO". Jadi, kita tapau saja... 


Sotong goreng tepung di Dungun ni sedikit berbeza dengan di KT. Ada sayur sekali. 

Ikan celup tepung pun sama, ada sayur juga. 4 ekor Hj M order. Kami mampu makan 2 ekor je. Lagi 2 ekor tapau, buat dinner. Tapi ikannya memang sedap. Ikan fresh, terasa manisnya. 


Nasi minyak ikan aye. Umi jeling je hehe... Sudahnya Hj M sendiri yang habiskan :) 

Tak cukup dengan belanja kami makan besar, Hj M juga bekalkan kami dengan pelbagai kuih muih; popia sata, pulut panggang dan keria viral Ganu. Bukan sikit2, 10 orang makan pun belum tentu habis. Mungkin berkat keikhlasan beliau, semuanya elok lagi hingga kami bawak balik ke KL keesokkan harinya. 


Moga beliau sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki yang berkat dan beroleh rahmat oleh-Nya. 

Keria viral ni Umi dah nampak di Batu Burok tapi dek kerana ramai sangat orang beratur, Umi malas nak beli. Lagipun tak masuk dalam wish list, Umi tak kisah sangat tak beli pun. Tup-tup Hj M bagi 2 kotak terus. Dah tertulis rezeki kami, alhamdulillah. 

Kami berpisah di sini, di kilang Keropok Sura. Umi nak beli keropok untuk dibawa balik ke KL. Plan asalnya kami nak borong keropok di Kemaman tapi memandangkan hari dah lewat, kami berpakat untuk menggunakan LPT 2 sebagai jalan pintas ke Temerloh. Kenapa Temerloh, bukan KL? Hah tunggu.... 




8 comments:

  1. wah….ikan celup tepung versi sihat ni :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bersahabat dgn org yg baik baik ni ye PH. Dahlah baik, murah hati tak kedekut pulak tu... kenyanglah perut.
    Apa beza keria Ganu ngan keria gula melaka tu PH ? Sedap ke?

    Tingin nak ke Ganu....make kopok leko, sata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ditemukan dengan orang yang baik-baik Kak, di alam nyata juga di alam maya hikhik...

      Entahlah Kak, bezanya apa sebab saya tau makan je :D

      Delete
  3. menarik pulak tengok sotong bersayur tu..dah boleh bagi nama rojak sotong gu kan dengan sos kopok lekor๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sis...memang nampak lebih kurang rojak je,beza tang sos je hehe :)

      Delete
  4. oh kat ganu pun ada keria viral ye tak tahu pun saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun mama...tak pernah tahu pun tapi dah rezeki jumpa pulak di Ganu :D

      Delete