Thursday 13 September 2018

Percutian 4D3N di Ganu Kite




Dah lama kami merancang percutian ni. Sedari bulan 12 tahun lepas Walid dah booking hotel. Mengalahkan orang booking ticket kapal terbang nak ke overseas haha... 

Umi pun excited nak ke Terengganu sebab dah hampir 10 tahun tak ke sana. Last time pergi Abang baru 5 bulan setengah. Kami pergi kenduri kahwin Naz. Bawak Tok sekali that time. 



Banyak yang dah berubah di KT ni. Batu Burok Beach Resort yang kami inap dulu masih ada tapi kawasan sekelilingnya dah membangun. Ada food court baru sebelahnya. Dulu kosong takde apa. Tapi warung Pak Maidin sebelah tu ada lagi. Umi ingat sebab kami pernah makan kat situ. Dulu makan ICT kat food court lama tu, sedap and murah giler. Sotong celup tepung tu baru rm10. Kali ni dah naik, harga bermula dari rm15-25 dekat gerai yang kami makan that nite. Size kecik je. Sepuluh tahunkan, macam-macam yang dah berubah. Sedangkan Abang pun dari hanya duduk, dah boleh berlari melompat, dah sekolah pun.


Sebelum sampai ke Ganu tu, singgah solat jumaat di Masjid Bentong ni. Picked up kids dekat school then terus gerak to beat the traffic. Ngam-ngam sampai Bentong, bilal tengah azan jumaat. Alhamdulillah sempat solat. Ada wakaf cantik, terus buka bekal makan kat situ je.




Kami singgah bermalam di Kemaman malam tu, melepas lelah sambil ambik peluang ziarah Naz dan keluarga. Dinner di rumah dia malam tu.



Alhamdulillah lauk sedap belaka. Dapat juga merasa sup daging korban air tangan Naz.

Alas perut dengan lemang Tokki sebelum dinner di rumah Naz.

Esoknya kami meneruskan perjalanan ke KT. Terjumpa gerai nasi minyak yang sangat sedap di tepi jalan di sebelah Surau Putih. Puashati dapat makan nasi minyak Terengganu idaman hati. 


Adik layan ikan koi di Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC). 

Abang & Angah @ Pet Zoo NACC. 
Singgah sana singgah sini akhirnya sampai juga ke KT. Terus ke Pantai Batu Burok untuk lunch. Sangat mengecewakan. Lauk pauknya sudahlah mahal rasanya pun out! Ditambah dengan orang yang ramai sesak sungguh tempat ni. Tak sabar nak check check in hotel.

Jumpa penyu depan hotel :) 

Masuk je bilik, terus beradulah. Petang baru bawa anak2 mandi pool. Ada cerita jugak ni. Nanti Umi story. 



Malam tu nak cari 24hrs laundry tersesat sampai ke Bukit Besar. Dinner terus dekat Restoran Pak Toin sebelah market Bukit Besar tu.  Bagi Umi biasa-biasa je food dia w/pun masuk dalam list "caridestinasi"
 untuk makan di sini.

Set ICT rm9.90 tapi sotong out of stock. Layan jer...

Kami order set ni, untuk 4 orang ~ RM45. 

Esoknya kami mandi manda di Pantai Telok Ketapang. Harus diingat, di Terengganu ni w/pun banyak pantai tapi tak semua pantai boleh mandi manda tau. Bahaya sebab bercerun. Anak2 memang seronok sungguh dapat mandi pantai ni sampai taknak balik haha... Umi pun teringin juga :p 



Dari situ kami ke Masjid Kristal. Tak masuk pun ke Taman Tamadun Islam or naik cruise sebab too crowded. Dengan matahari tengah membahang, Adik pun lena diulit intan kita ambik gambaq ja la. Sebelum tu singgah sekejap di Losong. Beli kepok makan dalam keta je. Malas nak tapau bawak balik KL konon nak singgah Kemaman lagi sekali. 



Meronda sekali lagi di KT tapi tak masuk pun ke Pasar Payang. Again, crowded. Cuma singgah di bahu jalan sebab Walid ternampak sampin yang dia berkenan. Umi pun sambar kain pasang satu. Sambil duduk dalam kereta je pun, dah namanya pompuankan. Boleh je shopping di mana-mana :D hebat tauke kedai ni, kiri kanan kedai anak menantu dia. Tingkat atas ada 2 kedai lagi, isteri dan anak sorang lagi uruskan. Dah berpuluh tahun berniaga di sini, since ayah dia lagi. Harga sampin yang pakcik ni jual separuh harga dari sampin yang Walid usha di Noor Arfa Batik. In terms of quality Umi tak surelah sebab di mata kami nampak sama je. Kain pasang batik (digital) pun kat sini yang berbatu baru rm50 sepasang. Di sana rm99 yang berbatu, yang plain rm75. But again, Umi tak sure the quality wise. Yang Umi sure, kami puashati hehe... 

Masjid Tengku Tengah Zaharah aka Masjid Terapung.

Since hotel kami berhampiran je dengan Masjid Terapung, petang tu baru jalan-jalan cari souvenir kat sini. Meriah. Mana-mana tempat pun sama je time cuti ginikan.

Ini, termasuk air (4 gelas) dan ABC kelapa rm55. Berpeluh mokcik nak bayaq 😅

Ini makan ICT di Batu Burok. Biasa-biasa je. Tak sesedap dulu dan ball tu dah masam actually. Maybe depa perangat je kot selagi tak habis. Actually time kita order pun depa akan panaskan semula.  Except for the sotong sebab sotong tu kita pilih yang raw then baru dicelup tepung dan goreng. Makan panas-panas sedap.



Katanya ABC kelapa tapi cenggini je. Ingat serve dalam buah kelapa ke macam Sangkaya tu kui kui... Harga lapan ringgit sebekas tu. Mahal kan? 

Lagun Kuala Ibai, berhampiran Masjid Terapung dan hotel.

Anak2 seronok main pasir even tak boleh mandi pantai pun depa dah happy sangat. Pantai ni tak sesuai untuk mandi sebab bercerun. 


Esoknya lepas check out terus ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu di Chendering. Area KT juga. Lama kat sini. Bagi anak2 explore puas-puas baru gerak ke Dungun.

Ada apa di Dungun? Nanti Umi sambung citer...

10 comments:

  1. seronok jalan2 tempat orang..ganu dah lama masuk wishlist bila nak sampai ntah😍..tapi tu lah, masuk Bab harga cuti sekolah pecah peluh juga lah nak membayornye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi ni sis..banyak yg best di Ganu :)

      Anak2 dah sekolah, nak tak nak time cuti sekolah je lah boleh pergi jejalan pun huhu...

      Thanks singgah ye Aiezza.

      Delete
  2. best la jln2 ganu.. sy pun dh lama x pegi ganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat zie... Byk tempat menarik boleh bawak kids jalan2...makan pun best2 hehe

      Delete
  3. Uk aloh padanlah crowded semacam je kole teganu, rupanya ummi and family yg meramaikan lagi pelancung aritu, hehe.. Kalo tau boleh pm2 tau, boleh jumpa kt pantai batu buruk ke..akk balik jumaat juga aritu blk key ell hari isnin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sorilah Kak lupa nak bagi tau tuan tanah kami nak melawat kawasang :D

      Samalah kita Kak...jumaat -isnin di Ganu. Takde jodoh lagi nak jumpa huhu...

      Delete
  4. nak makan ikan sotong celup tepung baik pegi belah batu rakit kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... Dengar kata kat area pantai telok ketapang tu pun banyak juga tapi agak jauh dari hotel, malas nak ulang ke sana.

      Thanks singgah ye sis :)

      Delete
  5. Lama nya lahai tak ke Ganu. last pegi Ganu balik KL berat pun naik sampai cik kedai dobi ingat akak pregnant hahaha

    ReplyDelete
  6. Jeles lah bila baca cerita org makan angin kat Terengganu ni. Nak pergi jugakkkkk....
    Tulah tu hakak pi sini pun dah beberapa tahun sudah. Mmg teringin sgt nak pi lagi....

    Aduhhh seafood celupan tulah yg buat mak terbayang bayang tau

    ReplyDelete