Apalah ertinya bercuti di KT jika tak bermandi-manda di pantaikan? Salah satu pantai yang cantik dan sesuai untuk mandi-manda tentunya Pantai Teluk Ketapang, yang letaknya tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT.
Cantik dan bersih pantainya. Tenang je kan dapat tengok laut, ombak dan pasir yang putih terhampar depan mata. Rasa hilang segala masalah, tekanan dan serabut dalam benak kepala bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Asyik. Tenang. Damai.
Ada buaian. Tidaklah Umi berbuai tapi sekadar posing ambik gambar kenangan. Rupanya minggu lepas ada kejadian seorang hamba Allah ni jatuh ketika asyik berbuai ye. Buaian tu patah. Tapi alhamdulillah cikgu tu takde apa-apa.
Seronok sungguh anak2...
Main ombak
Main pasir
Kutip kulit siput
Lama jugaklah kami melepak.di pantai ni.
Selain pantainya yang indah tandas awam juga sangat bersih. Umi bagi double thumbs-up. First time rasanya Umi jumpa public toilet yang super clean macam ni. Wangi je bilik airnya pun. Selesa.
Model bilik ayaq π |
Syabas kepada pakcik yang jaga tandas ni, memang dedicated and committed melaksanakan tugasannya πππ. Umi perati memang tak duduk diam pakcik ni. Kejap-kejap bangun cek toilets, sapu pasir, susun selipar dsbnya.
One thing yang selalu jadi halangan esp bagi women bila nak mandi pantai of courselah bab nak menyalin pakaian atau nak membersihkan diri lepas mandi pantaikan. Tapi alhamdulillah kat pantai ni selesa sangat kemudahan bilik airnya. Dengan bayaran RM1 je boleh mandi/tukar baju dengan selesa.
Selain tandas awam, ada juga food court dan gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Kami pergi sebelah pagi, keadaan agak lengang. Kalau sebelah petang lebih meriah katanya.
Have fun!
Bape hari PH kt KT? Rata berjalan nih. Jelez akk tau sbb akk kalo blk sana tak pernah dpt jalan jauh sbb rushing cuti sekejap dah nak balik key ell.
ReplyDelete3D2N je Kak...Tapi entrynya bertangguh-tangguh hehe.
DeleteBiasalah tu kalau balik kg sendiri memang tak berjalan-jalanlah kan...
Salam kunjungan..first nak follow dulu ya
ReplyDeleteTerima kasih tuan. Nanti kita buat kunjungan balas :)
Delete