Lepas checked out dari The Regency Waterfront kami terus ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Chendering. Tak jauh pun, lebih kurang 20 minit drive je.
Bayaran masuk secara individu Umi tak pasti sebab kami ambik harga family pack, RM40 (2 adults & 2 kids) and top-up rm5 untuk Kakak. Adik free admission, as usual :)
Dapat stokin sorang sepasang sebab nak masuk Dome Show kena pakai socks. |
First kami disarankan ke Dome Show yang akan bermula kira-kira 5 minit je lagi. Kalau terlepas show pukul 11.30 ni lambat pula nak tunggu utk next show. Dalam group ni hanya kami berenam dengan satu lagi family. Yang lainnya murid2 sekolah rendah dari Pulau Kerengga. Dalam tu ada bean bags, santailah budak2 ni bersandar. Show tu ditunjukkan akan kepentingan menjaga alam sekitar dan akibatnya nanti. Sound and visual sangat hebat sampaikan Umi pun rasa cuak juga. Bila ditunjukkan air laut, terasa macam ombak tu nak terpercik kena kita π bila asteroid nak jatuh rasa macam nak tutup kepala dengan tangan haha...budak2 ni dah menjerit-jerit... Memang hebat slide show dia esp the special effect & audio yang mantap.
Tiket masuk ke Dome Show. |
Then kami terus meneroka tempat ni. Anak2 memang sukalah dapat try macam-macam game/aktiviti. Sebenarnya Umi pun suka juga cuba game dalam ni :p sekali tu berjaya alihkan gelas plastic from point A to B guna chopsticks kemain excited sampaikan kena gelak dgn staff kat situ haha... Dah lama tak main benda2 ginikan...
Sedar tak sedar dah 2 jam kami di situ. Tapi berbaloi sebab banyak exposure dan info yang anak2 dapat. Ikutkan depa taknak balik lagi tapi sebab perjalanan kami masih panjang, nak ke Temerloh pula maka mana yang sempat ajelah kami explore. Besar tempat ni. Ada 4 tingkat kalau tak salah. Tapi adalah kemudahan lift, cafe dsbnya. Parking pun luas.
Directory. |
Sedar tak sedar dah 2 jam kami di situ. Tapi berbaloi sebab banyak exposure dan info yang anak2 dapat. Ikutkan depa taknak balik lagi tapi sebab perjalanan kami masih panjang, nak ke Temerloh pula maka mana yang sempat ajelah kami explore. Besar tempat ni. Ada 4 tingkat kalau tak salah. Tapi adalah kemudahan lift, cafe dsbnya. Parking pun luas.
Luas kawasan pusat sains ni. Kat luar ni panaslah sikit sebab tak banyak pokok. |
Craft activities. Kami terlewat sikit, tak dapat join session ni. Next session lambat lagi :( |
Jangan lupa bawa anak2 ke sini tau kalau ada kesempatan. Fun and entertaining yet informative visit πππ
That's the wrap for our cuti-cuti Ganu2018. A wonderful trip for us and perhaps it benefits you too. Thanks for reading π
Camane akk boleh tak tau nih, ishh3x. .Tak jadi betui, tapi akk taked noted dulu, next time blk nak ajak ensomi bwk anak2 pegi.
ReplyDeleteBiasalah Kak...tempat sendiri selalunya terlepas pandang hihi...
ReplyDelete