Pagi terakhir di KT kami hanya ingin bersantai dan beriadah di kawasan taman awam berhampiran Masjid Terapung. Rupanya ada pantai atau lebih tepat lagun disini.
Cantik pantai ni dari kejauhan... |
Tapi sayang bila diteliti, banyak sampah :( |
Tapi disini bukan tempat untuk mandi pantai kerana pantainya bercerun. Ada seorang warga tempatan yang kami temui mengingatkan kami agar tidak mandi kerana bahaya katanya. Kami pun tak berhajat nak mandi pantai pagi tu. Cukup sekadar ambil angin.
Makin lama makin bercuram pantainya. Sebab itu tak sesuai untuk mandi-manda |
Jadi kami hanya biarkan anak2 lepas bebas bermain pasir. Seronok nampaknya depa. Masing-masing buat istana pasir.
Playground juga disediakan. Trek untuk jogging pun ada. Tapi waktu pagi kurang meriah jika nak dibandingkan dengan sebelah petang. Mungkin juga pagi tu pagi Ahad, makanya tidak ramai pengunjung kecuali orang luar macam kami. Orang local kerja daa :)
No comments:
Post a Comment