Tuesday, 3 September 2019

Good luck UPSR 2019 💪💪💪


Ummi nak ambil kesempatan ni untuk doakan dan ucap selamat maju jaya kepada anak-anak yang menduduki UPSR bermula hari ni terutamanya buat anak buah Ummi, Haziq, Ammar (anak bff) dan Affan (anak Bro) juga semua anak-anak SRAI. Moga kejayaan mengiringi kalian. Moga usaha berbulan-bulan sebelum ni diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah. 


Sebenarnya Ummi terpanggil untuk berkongsi isi hati sebab Ummi pun terasa tempiasnya betapa stress, kalut dan kelam kabutnya ibu ayah bila anak nak exam besar macam UPSR ni terutamanya yang kali pertama berdepan situasi tersebut. 

Amalkan Zikir Asma ul Husna ni untuk kemudahan dan ketenangan anak-anak di dewan peperiksaan. 


Dalam satu group WhatsApp Ummi join ni boleh dikatakan setiap hari cikgu kongsikan tips peperiksaan. Selain tu, ibu-ibu terutamanya masing-masing bertanya itu ini dengan cikgu tersebut. Memang nampak 'kalut' di situ. Tapi itulah, masing-masing hendakkan yang terbaik untuk anak-anak. Ummi nanti pun macam tu jugalah agaknya 😅 

Guru-guru dan ibu ayah sekolah Abang buat solat hajat dan baca Yasin pagi ni. 

Ummi sekarang tengah siapkan Abang untuk UPKK hujung bulan ni. Bila semak latihan atau bantu dia ulangkaji, macam-macam yang perlu dibaca, difahami dan dihafal. Zaman kita dulu tidaklah detail sangat fakta, konsep, teknik dsbnya yang perlu dipelajari mahupun diingati. Ada sesetengah tajuk tu, rasanya bila masuk sekolah menengah baru belajar. 

Bila Ummi balik kampung tempohari tengok Haziq study Ummi pun jadi nervous. Pagi tuition 3 jam, petang sambung lagi 3 jam. Malam study lagi... Hari ni nak exam pun pukul 5 dah bangun, buat revision lagi. Itu belum cerita lagi, time makan pun buat latihan 😇😇😇 



Bulan 9 ni kan banyak cuti, tapi anak-anak T6 ni ramai yang tak cuti pun. Ambil kesempatan untuk pulun study. Jangan kata T6, untuk T5 ni pun berlumba-lumba pusat tuition buat 'bengkel pecutan akhir' especially on Mondays (public holidays). Selagi belum habis exam, selagi itulah kita berusaha. Selagi itulah juga mak ayah stress haha... 

Bagi Ummi, cukuplah... Abang sekarang dalam fasa buat latih tubi je. Dan tengah bersedia untuk Ujian Lisan Al Quran. Alhamdulillah trial baru-baru ni sangat memuaskan hati. Kalau dia berjaya kekalkan prestasi, insha Allah berjaya. Aamiin.

Abang & Angah hadiahkan bacaan Yasin untuk Haziq 😊



Selamat berjaya untuk semua ❤️❤️❤️

Monday, 2 September 2019

Casuarina@Meru 2019


Ada ni hah 😊... Baru balik dari kampung. Raya haji tempohari tak balik, jadi ada cuti panjang ni kami baliklah kampung ziarah orang tua. Sementelah 30/8 Abang Angah cuti ganti. Sepatutnya cuti 1 Zulhijjah (2/8) hari tu tapi that time tengah exam jadi dibawa ke 30/8. Kakak pontenglah sekolah jumaat tu. Ambil Abang & Angah dari sekolah terus bertolak ke Ipoh, hantar Tok ke rumah Pakcik.

Sekitar jam 8 malam kami sampai di Hotel Casuarina@Meru. Kali ni rezeki menyebelahi kami. Ada bilik kosong dengan harga yang sangat murah, RM116 untuk bilik deluxe twin (without breakfast). Mungkin sebab kami check in on weekdays jadi harganya lebih murah. Selalu kalau kami survey untuk booking hotel ni terutamanya waktu perayaan harganya mencecah RM200. Selalunya kamu pilih hotel bajet sahaja. yang ada di sekitar Meru ni. Sekadar nak berehat semalam, tak kisah pun. Tapi kali ni bila compare harga Casuarina dengan the other hotel yang kami suka juga nampaknya rate Casuarina lebih menarik. Haruslah kita rebut peluang sebegini. 

Jumpa Boboiboy & gang di lobi hotel 😊

Kenapa suka bermalam di Meru? Sebab lokasinya sangat hampir dengan lhighway. Tak perlu memandu jauh ke Bandaraya Ipoh, cukup sekadar berhenti rehat di Meru. Kami perasan hotel bajet di kawasan ini pun semakin bertambah. Antara yang baru ialah Clover Hotel dan T Hotel. Lain kali boleh cuba hotel-hotel ni.

Sama seperti pengalaman kami sebelum ni (2014) Casuarina@Meru is still the best hotel in this area. Service, layanan dan fasiliti yang disediakan sangat memuaskan hati. Pendek kata, takde apa nak complain :)

Bilik kami ...








Bunga di hallway. 
Cantik tatariasnya. Boleh jadi inspirasi untuk hias rumah. 


Anak teruna ni dah pandai posing. 

2019
2014


Tuesday, 27 August 2019

Kakak menang lagi 😊



Setelah melihat Kakak menghafaz sewaktu Hari Alam Ria Pasti tempohari, Ummi rasa Kakak ada potensi untuk pergi lebih jauh (doing better). Jadi bila Akademi Fateh Hakim adakan Pertandingan Hafazan Kategori Tadika & Sekolah Rendah, Ummi daftarkan Kakak dan abang-abangnya ke pertandingan ni.



Abang alhamdulillah sudah khatam hafazan juz 'Amma berkat mengikuti kelas Aulad Huffaz di sekolah. Angah belum lagi tapi hafaz surah-surah yang biasa dibaca/didengar. Surah-surah pilihan yang diberikan oleh penganjur pun tidak membebankan kecuali untuk Abang perlu diasah semula terutama surah-surah akhir juz 'Amma. 

Sewaktu pertandingan ibu bapa tidak dibenarkan untuk turut serta kerana ruang yang agak sempit. Ummi hanya dapat melihat gambar yang dikongsikan selain satu video Abang' in action'. Nampaknya Abang sedikit gugup dan 'tersangkut' semasa menghafaz. Keputusannya, tiada rezeki untuk Abang masuk 'top 7'. Begitu juga Angah. Berbeza dengan Kakak, alhamdulillah dia berjaya menempatkan diri untuk mara ke peringkat seterusnya. Antara peserta-pesertanya ada dari 2 buah maahad tahfiz. Sayangnya Ummi tak berpeluang nak dengar hafazan mereka. Pastinya lunak merdu. Kata Kakak, ada yang baca berlagu (taranum). 




Masing-masing dapat sijil penyertaan... 




Selain acara hafazan, diselitkan juga pertandingan mewarna sebagai aktiviti sampingan untuk anak-anak sementara menunggu hakim mengira markah. Alhamdulillah Kakak berjaya meraih hadiah. Pertandingan ni sekadar suka-suka jadi kebanyakan yang menang adalah peserta-peserta cilik (kategori tadika), untuk gembirakan mereka. Abang-abang Kakak-Kakak kenalah bersalah, bagi adik-adik seronok. Bertambah 'frust' Abang :) 




Alhamdulillah rezeki untuk Ummi pun ada. Dipilih sebagai ibu contoh. Allah, malunya! Datang tunjuk muka sekejap je pun... Ada 2-3 orang lagi ibu yang dapat hadiah seperti Ummi juga. Terima kasih Pn Afzan, pengurus AFH yang sangat komited dan berdedikasi. Moga lebih banyak program yang akan disusun untuk anak-anak generasi Al Fateh insha Allah.

Monday, 26 August 2019

Wedding ~ Tahniah Hj Yusuf


Segan juga asal entry pertama di awal minggu cerita kenduri je :) 

Alhamdulillah berkat berkawan/bergaul dan bersilaturrahim tanpa mengenal pangkat dan usia, sentiasa ada undangan kenduri yang kami terima. 


Undangan kali ini datangnya dari seseorang bernama Hj Yusof. Secara automatik, fikiran Ummi terus fikirkan Hj Yusof Muamalat, bos Walid di Syarikat Duit dulu. Rupanya silap! Hj Yusof mantan Imam di Syarikat Posto yang mengundang kami. Almaklumlah semuanya haji-haji belaka, sampai Ummi pun keliru. 



Majlis diadakan di Dewan Komuniti Batu Muda. Cantik dewannya, kelihatannya masih baru. Terletak di kawasan yang agak tinggi, terasa nyaman bila angin bertiup. Landskapnya juga cantik terpelihara. Ada sebuah pangkin di bawah pokok nangka untuk bersantai dan berteduh dari teruk matahari. Dengan sapaan angin yang sepoi-sepoi bahasa, boleh terlelap barangkali :) 

Tengoklah hampir tertutup mata Kakak menahan hembusan amgin. Dress pun dah terbang ke tepi. 


Dah namanya kenduri, semestinya pelbagai hidangan yang disajikan. Ada kambing golek, nasi beriani, kuih muih, kek dan sebagainya. Anak-anak pula tertarik dengan 'cotton candy' yang disediakan. Sanggup berbaris panjang untuk mendapatkannya. Bukan setakat di dalam dewan, sajian makanan 'melimpah' hingga ke luar dewan. Sempat juga Walid capai semangkuk laksa sebelum bergerak pulang. Sedap! 


Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai. Moga berbahagia hingga ke syurga aamiin. Terima kasih daun keladi Tn Hj Yusuf dan keluarga. Ada rezeki jumpa lagi.

Wednesday, 21 August 2019

Kisah Atok


Alkisah Atok ni meniaga nasi lemak, kuih muih dan pelbagai jenis menu sarapan pagi di sebuah medan selera. Ummi dah kenal Atok ni sejak zaman bujang hinggalah anak dah empat. Maknanya dah berbelas tahun atau mungkin dah berpuluh tahun Atok ni meniaga. 

Satu perkara yang Ummi nak 'highlight', Atok ni sangat pemurah. Setiap kali nampak kanak-kanak dia akan sedekahkan duit rm1 seorang. Dalam pouch bag dipinggangnya memang tersedia duit untuk disedekahkan. Tak kiralah kita beli di gerainya atau di gerai lain, jika terserempak dengan kanak-kanak dia akan hulurkan duit. Apatahlagi kalau 'familiar faces' macam anak-anak Ummi ni, memang dia akan panggil. Sukalah budak-budak ni dapat duit. Naik segan jugalah Ummi bila depa asyik dapat duit dari Atok je. Adakalanya Ummi buat-buat tak nampak atau pusing jauh, tapi selalunya kalah dengan Atok ni. Samada anak-anak yang toleh atau Atok yang gamit depa. Atok pula jenis yang tak mudah putus asa. Selagi boleh memang dia nak bagi. 

Macam tadi, Ummi buat-buat tak perasan Atok tengah berehat di kerusi malasnya sebab tahu beliau tak berapa sihat 2-3 hari ni. Adik cakap nampak Atok... Ummi kata takpa, biarlah Atok tak sihat tu. Malas nak ganggu. Tup-tup kami dah sampai ke kereta, Atok datang ketuk pintu. Aduhai, rasa bersalah pulak Ummi. Dah lah Atok tak berapa sihat, gigih pula 'kejar' sampai ke kereta nak sedekahkan budak-budak ni duit. 

Agaknya amalan sedekah inilah yang jadi penarik rezeki untuk Atok. Warung kendaliannya tak pernah putus dengan pelanggan. Selain tu, Atok walaupun dah berusia tapi sihat serta panjang umur. 

Credit source. 

Ummi doakan Atok sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi umur yang berkat. Atok pun cakap, "doa tu yang mahal".

Monday, 19 August 2019

Resepi ~ Kambing Bakar Noxxa


Memandangkan peti ais penuh dengan daging korban, terpaksalah Ummi jadi kreatif untuk mengurangkan kesesakan di dalamnya. Tapi nak masak/makan daging hari-hari pun tak berani juga, maklumlah dah tak berapa nak muda 🤭

Sup daging dah, kari daging pun dah. Bila sampai giliran daging kambing pula, Ummi dah tak tahu nak masak apa. Tapi Ummi dapat ilham bila ke kenduri anak Tn Hj Yusuf Ahad lepas, ada lauk kambing bakar. Kambingnya bukan dibakar seekor-seekor tapi dagingnya dihiris nipis-nipis (bite sized) dan siap diperap. Ummi perhatikan pekerja tersebut hanya mengambil daging yang siap diperap tersebut dan grill bila ada permintaan dari tetamu. Masa membakar juga sekejap sahaja.

Esoknya Ummi terus imitate the process. Daging kambing tersebut Ummi perap bersama sos cili, sos cili Thai, sos tiram, kicap manis, kicap pekat serta kiub daging lembu. Gaul sebati semuanya dan perap sekurangnya 2 jam. 

Kemudian Ummi masukkan daging yang di perap tadi bersama kentang dan carrot dalam Noxxa, titiskan minyak zaiton dan set HP mode selama 7 minit. Bila dah bunyi beep, Ummi release wap dan stir fry beberapa minit lagi untuk pekatkan kuah serta masukkan bawang potong. Kalau ada cili benggala boleh masukkan sekali.

Hasilnya...


Close up tak nampak pulak dagingnya 😅

Resepi... 


Ini pula dalca kambing. Tulangnya Ummi rebus dulu di dalam Noxxa (HP selama 30 minit). Kemudian dalca dimasak di atas dapur gas seperti biasa. Regukan bersama nasi Arab. Pergh sedap baq hang!


Perasan tak paper plate tu? Paip pecah lagi semalam, bekalan air terpaksa ditutup. Malas nak biar pinggan kotor di sinki, kita pakai pinggan kertas je hihi.. Sekarang ni redha ja kalau kata takde air. Dah kerap sangat kat kawasan kami ni, kejap-kejap paip pecah. Semuanya gara-gara kerja penggantian/peralihan kabel TM katanya. Selagi air keluar dalam paip tu, selagi tu Ummi relaks je. Sebab kadang tu kata paip tutup tapi air still running sampai malam. Risau juga bila tadah air dalam baldi banyak-banyak sebab kita ada anak kecil. Tapi dalam tong memang standby air. Tak berani juga nak ambil risiko. 

Alhamdulillah stok daging kambing dah clear. Lega ada ruang untuk simpan ayam/ikan, which is stok wajib dalam rumah kami. Tok suka makan ikan. Angah pula suka ayam. Abang Kakak alhamdulillah macam Ummi Walid juga, semua makan kecuali batu dan kayu... Kata Si Ipin 😄Stok daging/tulang lembu kita simpan dulu. Ikut pengalaman Ummi, daging korban jika disimpan lama pun masih sedap rasanya. Bila teringin nak makan lauk daging baru kita fikir menunya. 


Saturday, 17 August 2019

Mewahnya Kenduri Aqiqah Sumayya


Mewahnya Kenduri Aqiqah Sumayya


Bila Toktam layangkan jemputan kenduri aqiqah cucu keduanya, terus kami 'block date'. Kenduri di rumah Toktam is something not to be missed. Apart from their excellent hospitality, selalunya makanan yang disediakan pun lima bintang! Sedap dan pelbagai. 


Majlis dimulakan dengan tahlil dan bacaan doa serta tazkirah ringkas dari Imam Masjid Sg Penchala. Antara inti pati tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam tentang kepentingan bersabar dalam mendidik anak-anak. Kehadiran anak-anak bukan sekadar nikmat, tapi lebih utama mereka adalah amanah Allah kepada kita. Sebagai ibu bapa peranan kita adalah mencorakkan sebaik mungkin 'kain putih' tersebut. 


Bakul bayi hasil kreativiti ibu saudara Sumayya, Ms Siti pengusaha BySitiKL yang mengusahakan perniagaan gubahan bunga, pelamin, hantaran dan sebagainya. 

Hasil kreativiti BySitiKL; 
 
Hidden hantaran BySitiKL

Sekarang pun khabarnya beliau tengah buat promosi untuk 'hidden hantaran'. Kagum betul Ummi dengan anak-anak muda zaman sekarang, kreatif dan suka bermiaga. Masing-masing berminat dan berbakat jadi usahawan. 


Usai tazkirah, kami mula bergerak ke kebun Toktam untuk menikmati hidangan kenduri. Ini yang Ummi katakan majlis aqiqah Sumayya ni mewah. Mewah dengan makanan! 

Dua ekor kambing golek...



Lauk pauk utama yang sedap sangat, sampai teringat-ingat haha... Pulut kuning dan rendang ayam pun ada. 




Pecal dari Toktam. Ummi tak rasa sebab dah terlampau kenyang :(

Aneka kek... 



Kuih muih. Lompang dan kuih seri ayu ni Ummi tempah dari Mama Qaisara. Kali pertama Ummi makan kuih air tangan Mama Qaisara ni semasa jamuan di rumah Adam. Terus Ummi jatuh hari dengan keenakkannya. Ummi tempah untuk dibawa ke majlis ni, biar sama-sama menikmati kesedapannya. 



Sementara menunggu Ummi habiskan makanan, Walid bawa kids ke kandang itik Toktam. Teruja sungguh depa tengok itik. Itik je pun hahaha... Asalnya Toktam bela itik hanya sebagai hobi. Bila Itik-itik tersebut mula membiak dan bertelur, Toktam mula menjual telur-tekur itik tersebut. Ada yang dibekalkan kepada restoran berdekatan dan ada juga yang dijual secara runcit. 


Buah tangan dari tuan rumah. Idea yang bagus menggunakan semula sampul duit raya. Di dalamnya diisi kacang tumbuk. Lepas ni Ummi pun boleh tiru idea ni sebab di rumah ni memang banyak sampul duit kertas yang sudah bertahun-tahun disimpan. Nak dibuang sayang sebab boleh digunakan semula. Boleh dimasukkan goodies untuk kawan-kawan Abang dan adik-adiknya. Ataupun buah tangan untuk tetamu-tetamu kecil yang datang ke rumah. Boleh dimasukkan biskut, kismis dsbnya jika tidak mahu dimasukkan jajan. 

Didoakan agar Sumayya sentiasa dalam lindungan Allah, membesar dengan sihat dan baik serta menjadi anak solehah. Aamiin. 

Bila tengok gambar ni, jeles pula dengan Paklong AP & geng. Depa datang akhir majlis, dapat makan deghoyan 😭😭😭