Tuesday 27 August 2019

Kakak menang lagi 😊



Setelah melihat Kakak menghafaz sewaktu Hari Alam Ria Pasti tempohari, Ummi rasa Kakak ada potensi untuk pergi lebih jauh (doing better). Jadi bila Akademi Fateh Hakim adakan Pertandingan Hafazan Kategori Tadika & Sekolah Rendah, Ummi daftarkan Kakak dan abang-abangnya ke pertandingan ni.



Abang alhamdulillah sudah khatam hafazan juz 'Amma berkat mengikuti kelas Aulad Huffaz di sekolah. Angah belum lagi tapi hafaz surah-surah yang biasa dibaca/didengar. Surah-surah pilihan yang diberikan oleh penganjur pun tidak membebankan kecuali untuk Abang perlu diasah semula terutama surah-surah akhir juz 'Amma. 

Sewaktu pertandingan ibu bapa tidak dibenarkan untuk turut serta kerana ruang yang agak sempit. Ummi hanya dapat melihat gambar yang dikongsikan selain satu video Abang' in action'. Nampaknya Abang sedikit gugup dan 'tersangkut' semasa menghafaz. Keputusannya, tiada rezeki untuk Abang masuk 'top 7'. Begitu juga Angah. Berbeza dengan Kakak, alhamdulillah dia berjaya menempatkan diri untuk mara ke peringkat seterusnya. Antara peserta-pesertanya ada dari 2 buah maahad tahfiz. Sayangnya Ummi tak berpeluang nak dengar hafazan mereka. Pastinya lunak merdu. Kata Kakak, ada yang baca berlagu (taranum). 




Masing-masing dapat sijil penyertaan... 




Selain acara hafazan, diselitkan juga pertandingan mewarna sebagai aktiviti sampingan untuk anak-anak sementara menunggu hakim mengira markah. Alhamdulillah Kakak berjaya meraih hadiah. Pertandingan ni sekadar suka-suka jadi kebanyakan yang menang adalah peserta-peserta cilik (kategori tadika), untuk gembirakan mereka. Abang-abang Kakak-Kakak kenalah bersalah, bagi adik-adik seronok. Bertambah 'frust' Abang :) 




Alhamdulillah rezeki untuk Ummi pun ada. Dipilih sebagai ibu contoh. Allah, malunya! Datang tunjuk muka sekejap je pun... Ada 2-3 orang lagi ibu yang dapat hadiah seperti Ummi juga. Terima kasih Pn Afzan, pengurus AFH yang sangat komited dan berdedikasi. Moga lebih banyak program yang akan disusun untuk anak-anak generasi Al Fateh insha Allah.

15 comments:

  1. Alhamdulillah. Ammi tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. Wahh pandai nya kakak.. Tahniah untuk kakak dan umminya juga.. Done follow sini..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. suka tengok kanak2 yg hafaz al-quran. semoag terus maju jaya kakak & abng.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah Kakak & Ummi.
    Seronoknya aktiviti ni 👏👏👏

    ReplyDelete
  5. Tahniah utk Ibu & anak..
    salam kenal..:)

    ReplyDelete