Tuesday, 23 December 2014

Hotel Casuarina Meru






Kami singgah bermalam di Hotel Casuarina Meru, yg terletak berdekat mydin meru dan terminal bas baru Ipoh yg dikenali Amanjaya. Dari hi way plus pun boleh nanpak hotel ni, di sebelah kiri menuju ke selatan. 

Hotel ni milik kerajaan negeri Perak. Dulu hotel casuarina ni terletak di pekan Ipoh. Sekarang tetapi hotel tersebut telah bertukar milik, dah jadi hotel impiana Ipoh jika x silap. Yang ada sekarang hanya casuarina meru. Menurut staff disini hotel casuarina di pindahkan ke Meru kerana kerajaan Perak ingin menjadikan meru kawasan pentadbiran spt Putrajaya. Patutlah dikiri kanan hotel ni diapit dgn menara PKNP (perbadanan kemajuan negeri Perak). 

Sangat selesa menginap di hotel ni. Selain lokasi yg dekat dgn hi way & kemudahan asas lain (mydin & amanjaya), ia juga hotel baru. Memang best!

Bilik deluxe, rm168 nett, with breakfast for two.
Children 4 y/o & above rm14 for b/fast
TV, iron, iron board & kettle disediakan.
Power points (plug) ada 3 rasanya. No need to bring an extension


Suka sangat dgn sinki & towel rack tu. 
Mokcik siap berangan nak bilik air camtu suatu hari nanti :)

Food selection relatively banyak as compared to other 3-star hotels. 
Ambient best.
Food sedap.
Will stay here again, insha Allah.




No comments:

Post a Comment