Friday, 4 April 2025

4 Syawal 1446H

Sekejap je dah raya ke-4... 

Sejuk hati Makngah buka pintu bilik gegirls depa tengah solat Subuh berjemaah :D 

Sarapan pagi nasi goreng dan sosej lebihan BBQ malam tadi serta ketupat dan Sambal Pahang. 

Kemudian kami keluar ke market Jitra, lajak ke Batu 13 beli lemang. Harga lemang di sini RM15-17. Di SG, Lemang Tok Perak harganya RM20-22. Bila la nak boleh pindah dok Kedah ni 😄

Ke depan lagi, sampai Napoh (orang sini sebut Napo - silent H). 
Ronda² kata Walid. 

Sampai Changloon dah... 

Sikit lagi sampai Siam! 

Balik rumah Tok Umi, mendapat la hahaha... Ada tetamu nak datang beraya, belas² orang juga katanya. Kerahan tenaga la kita... 

Menu ala Thai, nak jamu orang Ampang. 
Ummi assist je. Maklong dgn Tok Umi la tukang masaknya. 

Sambil² tu layan si Asyraf ni bercerita pasal Gimbal dia ni... 

Merenung nasib diri 🤭
Sapa la nak kemas dan cuci segala periuk belanga ni haha... 
Dok tahan mata (mengantuk) je sebenarnya time ni, sementara tunggu tetamu #2 sampai. Banyak sangat makan pulut (ketupat & lemang) itu yang mengantuk kot :D 

Lepas Asar, ajak anak soleh ni keluar ronda². Singgah beli Nasi Lemak Bundle, depan SMK Mahawangsa. 

Kuih muih tetamu #2 bawa. 
Nasi Lemak Bundle ni sedap sungguh, tak berapa nak cukup sebungkuih :D 

Lepas makan sikmak, lari ke rumah Maksu sekejap nak jumpa Tok Kodiang. Makan lagi....

Ingatkan dah boleh leha², pukul 7 mlm cucu² penakan Tok Ayah sampai, 3 family. Mujurlah pangkat anak² sedara Walid, santai² je la...

Alhamdulillah. 



Thursday, 3 April 2025

3 Syawal 1446H

Breakfast nasi goreng by Kakak dan ayam Ramly by Alya. 

Tema coklat utk raya ke-3.
Walid pakai kurta warna coklat juga. Anak² ada yang sedondon, ada yang tidak. 

Pukul 1130 baru dapat keluar beraya, ada tetamu dari Ipoh. Destinasi pertama ke Padang Perahu. Kedua² rumah sepupu² Walid sunyi tak bersahut, keluar beraya agaknya. 

Terus ke rumah Tok Kodiang. Makan kuih dan air mineral je sebab rumah Tok takde air 😅 

Dari rumah Tok, ke rumah Tok Long Im. Sedap kerepek homemade Tok Long Wan ni. 

Dari Kodiang ke Kangaq. Walid nak ziarah Uncle Azrul di KPJ Perlis. 

Setel di situ, rancangannya nak ke rumah saudara Tok Ayah di Changloon tapi tak jadi. Terus balik ke Jitra, nak ke open house Makngah Minah. 

Singgah pekena nasi dulu di Nasi Kandar Yasmin Jitra. Dah pukul 3, semua lapaq nasi. Segan juga kalau sampai di open house nanti pakat kebuloq 🫣

Makan share² je di open house Makngah Minah ni sebab masing² dah kenyang. 

Balik ke rumah masuk dapur le... Ada tetamu datang bersilih ganti sampai Maghrib.  

Malam, BBQ pula...

Mujurlah makanan semua Paklong dah masak di kafe. 

Tukang bakar pun ramai...

Alhamdulillah selesai satu tray kami semua balunnnn :D 








Wednesday, 2 April 2025

2 Syawal 1446H

2 Syawal I Selasa

Ummi & gegirls masih tema hijau untuk raya ke-2. 

Sebelum keluar beraya kami sarapan dulu di homestay. Abang buat mi segera Korea (apa nama ntah) dan Kakak goreng nugget. Walid ke pekan cari nasi lemak. Nak beli roti canai que panjang di setiap kedai yang disinggahi tu. Raya kedua kedai makan dah mula buka, dan orang pun mula cari sarapan di luar. 

Gunung Baling dari kejauhan. 
Kami ke homestay Kak Ti, rupanya Makngah dah balik ke rumahnya. Singgah la di sini sekejap jumpa cucu⁶ saudara Ummi. Lagi 2 dah balik Terengganu, manakala 3 lagi di rumah mereka di Kupang. 

Maksu Nadeen dan Makcik Balqis layan anak² sepupu depa. Kecik² dah ada anak sedara sebab age gap Ummi dan Makngah 18 tahun :D 

Erina 11 y/o
Erissa 8 y/o 
Yusoff 2 y/o
Ecah 6 y/o
Aisy 4 y/o
Amanda 1 y/o 

Toksu tulis sini supaya tak lupa hihi... 
Ada lagi 5 org tak ingat sangat dah umur berapa 😇 

Dari homestay ni kami bergerak ke rumah Makngah. Makan ketupat lagi 😋

Kemudian balik ke homestay, checked out dan balik ke kampung Ummi sekali lagi. 

Makan kenduri Tok Imam! 
Juadah tradisi, Gulai Batang Pisang semestinya ada dalam menu. Tak sah la kenduri di Baling takde GBP ni. 

Rumah kenduri di tepi sawah. 
Hujung jalan ni ada rumah kawan Ummi. Kecik² dulu selalu ke rumahnya, tonton kartun He-man Master of the Universe dan Toriton kot nama kartun satu lagi tu. Best kampung depa, ada bendang dan dusun buah²an yang menghijau. 

Pakat nak OOTD, Ummi layannnn :D 

Dari Baling kami balik ke Jitra pula. Nampak dari kejauhan ialah Gunung Jerai, gunung tertinggi di Kedah. 

Selepas >2 jam, sampailah ke kampung Walid pula. 

Terus beraya di rumah Maksu, alang² dia hosted kakaknya terus jemput kami sekali. Maksu jamu nasi putih dan lauk pauk antaranya kerabu epal hijau. Sedap! 

Sebelah malam, aktiviti wajib i.e. main bunga api dengan sepupu⁷ Jitra. 










Tuesday, 1 April 2025

1 Syawal 1446H

Salam takziah buat semua mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights. DOA kami agar dipermudahkan urusan semua yang terlibat 🤲🏻

Raya 2025 | 1446H 
1 Syawal

Tahun ni baju raya warna emerald green (for Walid & anak² soleh) x sage green (for Ummi & gegirls). Pilih warna ni sebab last year surau tempah  baju Melayu warna emerald green utk AJK. Pakai sekali untuk org chart surau dan sekali lagi masa jamuan raya surau. Jadi, kami sepakat pilih warna emerald green utk baju Melayu Abang dan Angah. Untuk Ummi dan gegirls sengaja pilih warna cerah sikit supaya nampak lebih menarik dan kontras. 

Dan rupanya warna emerald green ni termasuk kategori warna awam tahun ni 🫣 

Kelakarnya, buka je pagar nak keluarkan kereta utk ke masjid, jiran homestay sebelah keluar, pun berbaju Melayu warna emerald green 😅 Masing² tunjuk hang aku, eh warna sama hahaha... Dah sampai di masjid 'bersepah' orang pakai warna emerald green dan sage green huhu... Keluarga Mak Lang Di, Mak Lang Liza & anak², Uncle Lan semuanya baju hijau sama dgn kami :D 

Nah aih, pembaca berita pun sama! 

Anak⁴ tengah bersiap nak ke masjid kampung Ummi. 

Gendang Raya. 
Kata arwah Tok Wan, gendang ni dibuat dari kulit kerbau sebab tu kukuh buatannya. Zaman Ummi kecik dulu, ketukan gendang ni dinanti² terutamanya waktu berbuka puasa sebab masjid kami belum ada speaker. 

Usai solat sunat, Adik Kakak beratur ambil duit raya. Tradisi yang masih dikekalkan di masjid kampung Ummi. Kemudian kami ziarah kubur Tok Wan manakala Walid joined tahlil. 

Rumah pusaka dah tinggal separuh :( 
Sebab tu bila balik ke kampung kami tinggal di homestay/hotel. Sedih tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. 

Rumah 1: Rumah Maklang Di 
Ummi makan bihun goreng + kuah laksa. 
Sedap baq hang! 

Rumah 2: Rumah Wan Cik 
Ada laksa, tapi Ummi makan ketupat Tok Cik. 

Angah dan Adik tengah 'brain' macamana kecik² dulu Ummi tangkap ikan dalam charok (tali air)  ni 😁 

Rumah 3: Rumah Wan Job
Makan Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah airtangan Maklang Liza & Makcik Aziah. 

Rumah 4: Rumah Maklong Mah 
Depa makan sate, Ummi cuma jamah kuih raya. Perut mula penuh, dah makan nasi di rumah #3. 

Rumah 5: Rumah Pakngah Hi
Ummi jamah tembikai dan lemang seketul. 

Rumah 6: Rumah Cik Yah
Cik Yahnya takde, balik ke rumah mertua. Tapi Ummi kenal baik dengan parents-nya jadi takdelah kekok nak singgah beraya. Depa makan bihun sup, Ummi cuma jamah ketupat. 

Dah melewati waktu Zohor jadi kami balik ke homestay untuk solat dan berehat sementara tunggu Makngah ada di rumah. 

Hujan lebat sekitar jam 3 ptg. 
Tidur la se-round :D 

Hujan² mesti la lapar kan...
Goreng mi sanggul dan nugget buat minum petang. Ketupat Tokcik bagi, serunding dari KSRM. 

Lebat dan lama hujannya. Pukul 6 lebih baru kami dapat keluar rumah. Itupun pusing² dalam kereta saja sebab masih hujan. 

Sesi bermaaf-maafan sebelum berakhir raya pertama. Awal pagi lupa nak ambil gambar, kalut nak ke masjid. 

Dinner seadanya. 
Sambal Sotong Kembang frozen Ummi beli di Speedmart. Alhamdulillah licin  nasi sepiyuk :p